KUASA : LAGI DIKEJAR LAGI MENJAUH

Apabila   hal-hal  berkaitan  dengan  kuasa  mahu  dibicara  kita  tidak  akan  dapat  lari  dari  menjawab  beberapa  soalan  khusus.  Diantara-  nya,  pertama  –  Apa  Keperluannya?,     kedua  –  Bagaimana    mahu Mendapat- kannya?.    ketiga  –  Apa  risikonya?.   Kebanyakan   orang  tidak  meletak  sebarang  landasan  dalam  mereka    mencari    kuasa   begitu  juga    diwaktu   mengamalkannya.    Akibat  dari  perbuatan  itu  maka   timbullah  masaalah  seperti   “power  corrupts  power”.

Penomena  ini  sudah  lumrah  diMalaysia.    Malahan  ia  berlaku   hampir  setiap  hari.    Jika  hari  ini   kita  mendengar   ada  pihak   mencabul  dan  mencilok   kuasa  melalui   jalan  gelap  dipintu   belakang,  besoknya  pula  kita  dengar   ada  rakan  yang   tidak   percaya   kepada  rakan  sendiri  yang  sedang   memegang  kuasa.  Maka   diusahakannya   satu  peralihan  kuasa,    dan selanjutnya   dengan   merenggang  diri   dari    kelompok   Asas  dan  secara  sengaja  pula    enggan    memberi  kerjasama  dalam  pentadbiran  seperti  memulaukan   mesyuarat,  membawa   usul-usul   tidak  percaya  dan  sebagainya.

Masa  terus  berlalu.  Agenda  sebenar  seperti    menghayati   masaalah   rakyat  serta  usaha-usaha  meringankan  beban  ekonomi  mereka   tidak  dipeduli.  Nasib  baik  ada  AGENDA  AWANI   terhibur  jugalah  hati  rakyat  yang   sedang  berduka  lara.  PRU  12   telah  lama  melabuhkan  tirai  dan  telah  jauh  mengembara  menjejaki   PRU  13    supaya  bersedia    mengambil   alih   tugas.

Apabila  ada  pihak   menegur   yang   pemerintah   suka  benar  menyebut   “mesra  rakyat”  tetapi  dalam  amalannya    hanya    “mesra  angka”  ada  pula  yang  terasa  hati.     Tetapi  apa  yang  berlaku   sebenarnya  ialah  dari   semasa  kesemasa  kita  akan  dibuai  dengan    angka-angka  yang  fantastik.   Projek  ini  beberapa  billion,  bantuan itu  beberapa  ratus  million  dan   berbagai  lagilah  angka  yang  terpacul  dimajlis-majlis  resmi.   Rakyat  tidak  akan   terbela  jika  hanya   didendangkan   dengan  Angka  ” Dalam  Package Rangsangan”  semata-mata.

Kesimpulan  dari  pandangan  ini  ialah    janganlah   dibiarkan   sampai rakyat   tidak  kuasa  (tidak peduli)  lagi  dengan  apa   yang  pemerintah  fikir.  Dimasa  itu  nanti  masih  adakah  nilai  kuasa  yang  dimiliki.  Seperkara  lagi  jangan  sampai  rakyat  sedar   apa    perkara  sebenar    pemimpin  lakukan  dibelakang  mereka  setelah  berkuasa. Dan   janganlah    sampai  rakyat  terperasan  pemimpin  yang  datang jenguk  muka  dengan   hanya  memakai  baju “pagoda”  sebenarnya    menagih  undi  baru  setelah   yang  ditangan  telah  tamat  tempoh.

Sekian  serba  sedikit   ceramah  bertajuk  “Kuasa:.  Saya   mengalu-alukan   sebarang  soalan  yang  berkaitan.  Jika  tidak  ada  soalan  saya  anggap  semuanya  cucuk  faham  dengan   perkara  yang  kita  bincangkan  ini.

2 Responses to KUASA : LAGI DIKEJAR LAGI MENJAUH

  1. ANJA says:

    Faham sefaham fahamnya.
    Yang tak tahu ialah , semasa ERA Tun Abdul RAzak , adakah perkara yang sama berlaku? MAsa tu saya baru bersekolah rendah. Tak tahu apa. Saya rasa masatu pakcik mesti dah akil baligh. Boleh cerita sikit pada saya.

  2. khas says:

    Kalau naktahu apa amalan UMNO untuk mengekalkan kuasa sila baca buku Michiavelli yang bertajuk: The Prince.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: