Hari ini KERAJAAN Besok PEMBANGKANG

Negara  Malaysia  sedang  mengalami   transformasi.   Perdana    Menteri  Baru  Datuk  Seri  Mohd  Najib  Tun  Abdul  Razak    dalam   ucapannya  sewaktu   pengumuman  Barisan  Kabinetnya  telah  menggariskan    hasrat  beliau   untuk  dicapai  oleh  Anggota  Kabinet  beliau.

” Satu  Malaysia.   Rakyat  Didahulukan.  Pencapaian  Diutamakan. ”   jika  benar-benar   dihayati  oleh  pendokong  beliau  tidak  mustahil  dapat   mencapai  kejayaan  cemerlang.     Yang  menjadi  masaalah  setiap   kali   berlaku  petukaran   Perdana  Menteri  maka  akan  adalah  slogan  baru.

Mari  kita  dari  sekarang     berfikiran  positif.   Bersama-sama  kita    menyokong   merealisasikannya.  Tidak  kira  sama  ada  kita  didalam   Barisan  ataupun  Pakatan,  memaju  dan  mempertahankan  negara   adalah  tanggungjawab  semua.

Saya   suka   merujuk  kembali kepada  tulisan-tulisan  saya  sebelum  ini  dimana   saya    melihat  sistem  dua  parti  sudah  mula  diterima   oleh  rakyat.    DiParlimen  sekarang  terdapat   lebih  1/3   bilangan    Ahlinya  bukan   dikalangan  Parti  Pemerintah.   Pihak    Esekutif    perlu   mengambil   perhatian  serious  pada  setiap    cadangan   atau   saranan  daripada  kumpulan  ini.

Dipihak  penyokong  (backbenchers)    pula    perlu  menganjakkan   minda  daripada   menganggap  kumpulan  yang  duduk    diseberang   mereka  sebagai    pihak-pihak   yang   hanya  tahu  membangkang.   Para  Beckbenchers  juga  perlu  melengkapkan  diri  dengan  ilmu-       ilmu  tertentu  membantu  kerajaan  mereka   mencapai  hasrat    tersebut.   Semenjak    ada  liputan  1/2 jam  oleh  TV1  bagi  sidang     Parlimen,  belum   ada    satu  cadangan   yang  konkrit  diutarakan   oleh   penyokong-penyokong  untuk  tatapan  rakyat  yang   menontonnya.

Didalam  sistem  dua  parti   rakyat   sudah   boleh   menilai   akan   kemampuan  sesuatu  Parti  untuk  dipilih  sebagai   pemerintah.  Dalam   aspek   ini   hasrat  kumpulan  Anggota  Parlimen  bukan  kerajaan    yang  bercadang   mahu   menjadi   “shadow”    kepada      Pentadbiran  Kerajaan   patut  digalakkan.  Setidak-tidaknya   mereka   dapat  mengesan    sebarang  kepincangan  didalam   satu-satu   Kementerian   dan   Agensi-Agensi  Kerajaan.

Apa  yang  menyedihkan,   belumpun  benar-benar   “shadow  kabinet”   ini  hendak  dibuat  sudah  ada  suara-suara   yang    memandang   negatif.  Ada  yang   menuduh  perkara   Kerajaan  Bayangan  ini  hanyalah  hendak  mencari  populariti  dan  ada  juga   yang  risau    platform  ini  kelak  dijadikan   medan  membuat  fitnah.

Saya  suka   mengingatkan   golongan  tersebut    zaman  sudah   berubah,  pandai  berpidato  sahaja  belum  menjamin  apa-apa   dan  tidak  mustahil  langsung  orang  yang  sekarang    menjadi  kerajaan   dihari  ini  akan  bertukar  menjadi  pembangkang  esoknya.   Untuk    transformasi   menjadi  kenyataan  ia   perlu  kepada   penglibatan   semua  tidak  kira  dari  Kerajaan  ataupun  Rakyat.

4 Responses to Hari ini KERAJAAN Besok PEMBANGKANG

  1. musafirlalu says:

    Apa yang nak dikecoh-kecohkan tentang kabinet bayangan,bukankah dulu Pas dah tubuhkan awal-awal lagi kabinet bayangan berpandukan apa yang dilakukan oleh parti buruh dari UK semasa parti itu masih lagi menjadi pembangkan.Tentang cadangan sistem dua parti,tetapi pastikan terasnya adalah Islam.Kami daripada gerakan Islam amat mengalu-alukannya,tetapi kalu tak jadi kami tetap tak kisah,kerana dah berpuluh-puluh tahun kami berjuang dengan keringat dan harta benda.Kami juga sanggup menunggu berpuluh tahun lagi walaupun kami tidak dapat mengecapinya tetapi mungkin anak cucu kami akan merasai bertapa adilnya Islam ini dan inilah hasil perjuangan orang-orang yang terdahulu daripada mereka.Kami perjuang-perjuang Islam tidak akan berdiam diri apabila semboyang jihad dilaungkan.Dan saya amat-amat bersetuju dengan tulisan yang saudara lakarkan…..Teruskan perjuangan saudara,walaupun cara kita adalah berbeza tetapi matlamat kita adalah satu untuk mendaulatkan islam dimuka bumi ini.Saudara dengan ketanjangan pena saudara dan saya dengan cara saya yang orang Pas sendiri tidak memahami cara kerja yang saya lakukan.Di Bukit Gantang cara telah menarik minat beberapa pemimpin Pas dan juga penyokong Pas.Maaf…..kerana saya tidak boleh berbicara panjang tentang xtiviti saya kerana ia adalah rahsia.Satu tugas yang memerlukan ketahanan iman,fizikal,sanggup tidak tidur berhari-hari dan banyak lagi……Wasallam

  2. ANJA says:

    Mujngkin dah menjadi hukum alam , bila kita mengkritik kita di ‘cop’ membangkang. Sedngkan niat di hati ingin menlengkapkan apa yang kurang.

    Apabila memuji di kita di ‘cop’ menyokong sepenuhnya.
    Saya pernah memuji UMNo di blog PAS, saya cuma katakan masih ada yang ikhlas dan berhati bersih, namun di salah anggap , saya di kata tidak menyokong PAS, nampak kebaikan UMNO sahaja , sdgkan dalam tulisan saya , saya menyebut ‘masih ada’…

    Gitulah hukum alam. PEndapat PAkcik?

    Anyway dah breakfast , Jom b’fast kat kedai Acee, di pekan lama.

  3. musafirlalu says:

    Saya setuju dengan pendapat Anja.Memang kita tidak menafikan ada orang-orang Umno yang baik-baik.Kita berpolitik mestilah bersikap positif dan jangan bersikap nagetif je.

  4. musafirlalu says:

    Harapan saya apabila belakunya peralihan kuasa akan datang janganlah kita bersikap seperti Umno.Jangan senarai hitamkan orang-orang umno,dekatilah mereka,berilah bantuan yang diperlukan kerana kita dalah wardah perjuangan Islam.Apabila Terengganu dapat ditawan oleh Pas,ada segelintir ahli-ahli Pas yang mula berubah sikap seperti Umno.Peristiwa ini belaku apabila saya pulang bercuti ke kampung halaman di Bandar D.saya lihat dihalaman rumah orang kuat diperingkat bahagian yang tak perlu saya sebutkan terdapat sebuah 4W4 baru,lalu saya tanya siapa yang punya dan seorang kawan saya menjawab si polan yang punya.Saya betul-betul terkejut kerana daripada bermotorsikal tiba-tiba dah bermotor baru dan terlibat pula dengan projek balak.Lalu saya bagitau kawan saya kalau macam nilah keadaannya saya pasti pas akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.Apabila baru dapat kuasa beginilah jadinya.Saya faham memang kerja beliau adalah untuk Pas sepenuh masa tetapi itu bukanlah sikap yang telah dididik oleh Pas.Memang keluarga saya adalah penyokong tegar Pas,tetapi kami tidak pernah mengambil kesempatan kerana kami tahu ada lagi rakyat masih memerlukan.saya seorang Civil Contractor di Ipoh tetapi satu projek pun saya tak pernah memohon walaupun saya kenal dua tiga orang yang berpangkat.Apa yang saya ada sekarang adalah titik peluh saya sendiri.Bagi saya perjuangan saya adalah untuk Islam dan rezeki yang saya dapat itu adalah daripada Allah s.w.t..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: