JANGANLAH SLOGAN TINGGAL SLOGAN

Setiap  kali   berlakunya    sesuatu  perubahan  sudah  tentulah  ia   mencerminkan  satu  harapan  dan  halatuju  yang  lebih  jelas.   Tambahan  pula  ianya  melibatkan  hal ehwal  mentadbir  sesebuah  negara.

Bagi  membincang   barisan  kabinet  yang  dibentuk  oleh    Datuk  Seri  Najib  Tun  Abdul  Razak    saya   mahu   lihat   setiap  Anggota  yang  Perdana  Menteri   pilih   ini   mula  menghayati    Slogan  Baru  yang     beliau  perkenalkan    iaitu     ”  Satu   Malaysia.     Rakyat Didahulukan.   Pencapaian  Diutamakan.” Jika  Jemaah  Menteripun  tidak  dapat  memahaminya  maka   Slogan  akan  tinggal  Slogan.  Perkara  ini  sangat   penting  diberi  keutamaan  bagi  menjamin   segala-gala  yang  di- rancang  tidak  terbabas  dimana-mana.

Saya  percaya   rakyat  teramai   masih   mampu   menghafal  Slogan  yang  diperkenal  oleh  Perdana  Menteri   terdahulu  iaitu    ” Bersih,  Cekap,  Amanah”.   Ketika   slogan  ini  mula  diperkenalkan    ia  telah  berjaya  meyakinkan   masyarakat   umum    bahawa    satu  pentadbiran   yang  bersungguh-sungguh   mahu  mengubah  lanskap    politik   Malaysia   dan  mahu   tunjuk   kepada  dunia  yang  kerajaannya   boleh  dijadikan  contoh  dirantau  sebelah  sini.

Apa  yang  rakyat  dapat  lihat  tidak  beberapa  lama   kemudiannya,    kata- kata  hikmat  tersebut    mula   pudar   dan   beransur-ansur  dipinggirkan.     Dipihak  pemimpin  kerajaan  perkataan  itu  tidak   lagi  menjadi  pembuka  bicara    dan   dikalangan   birokrasi  pula     dihujung-hujung   tulisan   surat-menyurat  sudah  tidak   ada  ruang  untuk  perkataan  “Bersih,  Cekap,  Amanah”   yang   dikekalkan  ialah    “Saya  yang  menurut  perentah”.

Oleh  sebab  penghayatan  Slogan  tersebut  telah  diabaikan   maka    lahirlah  gejala  rasuah,  salahguna  kuasa,  kronisma  dan  nepotisma    dan  yang  anehnya    baik  pemimpin  mahupun  rakyat   semuanya   merasa  sangat  selesa.   Pengabaian    kepada   B.C.A.  ini  sangat  ketara  apabila   Kerajaan    mengujudkan     Dasar  Penswastaan.  Satu  Dasar  yang  sepatutnya   boleh  membawa  negara   berdaya  maju   dan  mampu  bersaing  dengan  negara  luar    dan  memakmurkan  rakyat  keseluruhannya  menjadi  sebaliknya.     Peruntukan  Pembangunan  untuk  rakyat  termiskin  menjadi   Agenda  utama  bahan  pengumuman  setiap  kali  Pilihanraya  Umum  datang.   Rakyat  golongan  ini  berasa  sangat  teruja  dengan   Angka-  Angka  besar  yang  diumumkan   lalu   tidak  berfikir  panjang     memberikan  Undi.    Maka  Amanah  itupun   diambil  dengan  senang  hati,  dikendalikan  dengan  Cekapnya   dan   diagih  hingga  Bersih.

Kepada  Perdana  Menteri  Baru,  saya  berpendapat  rakyat  juga   perlu  diberitahu  apa  yang  dimaksudkan   “Rakyat  diDahulukan”.   Apakah  dia  perkara-perkara   yang  sebelum  ini  rakyat  biasa  tidak  diberi Keutamaan?

Jika    ditanya  apa   pandangan  saya  terhadap  barisan  Kabinet     baru  ini.  Saya  boleh  berkata  “fair”  sahaja.     Sebenarnya   apa    yang  dapat  saya  lihat  Datuk  Seri  Najib  tidak   memiliki  banyak    pilihan  daripada  “pool”   yang  ada.      Orang-orang  yang  hebat   yang  mampu   menjayakan  transformasi   sudah  berada  disebelah  sana.

Walau  apapun  keadaannya,  sebagai  rakyat  kita  perlu  memberi   peluang  kepada  Perdana  Menteri  Baru.   Dengan  sokongan   yang  kuat  dari  kita  semua  Malaysia  pasti  berjaya.

5 Responses to JANGANLAH SLOGAN TINGGAL SLOGAN

  1. musafirlalu says:

    Saudara.. Slogan hanyalah gula-gula politik yang selalu dilaung-laungkan oleh setiap pemimpin baru berkuasa.Seperti “Satu Malaysia,Rakyak Didahulukan”.Apa maknanya kalau hanya slogan yang yang dilaungkan.Apa kata kalau saya tukarkan slogan itu kepada “Satu BN,Pmimpin didahulukan”.Rasa saya itulah slogan yang terbaik untuk DSN katakan.Saya dah muak dengan janji-janji manis yang dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin Umno,dah berpuluh tahun dan.Bila mula berkuasa dia lah yang terbaik dengan pendekatan yang dia laksanakan.Saya tidak pasti adakah DSN lebih baik daripada Pak lah ataupun Lebih kejam daripada rejim mahadhir.kita tunggu dan lihat sahaja.

  2. musafirlalu says:

    Tanda-tanda awal DR Najib mula menuju ke era pemerintahan yang lebih teruk apabila meletakkan orang-orangnya kejawatan-jawatan penting.Janji-janji yang ditaburkan sebelum menamakan senarai anggota kabinetnya hanyalah menyedapkan hati penyokong-penyokong BN bukan hati rakyat malaysia.Siapa yang akan memerintah malaysia sekarang DS Najib ataupun DS Rosmah.Semua orang tahu akan peranan Rosmah dalam langkap politik Malaysia.Tanda telah menunjukkan yang Umno telah mula berpecah kerana ketidak senang penyokong-penyokong pemimpin yang menang dalam permilihan Umno tempoh hari tidak terpilih.Ini akan mengeringkan poket masing-masing.Semoga bulan jun ini dun Perak akan dibuburkan.

  3. salam penulis dan pembaca dan tuan guru..
    nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA… bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

    link yg terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

  4. tapi tuan kalau perubahan baru tapi dasar yg sama apa beza nye?

  5. musafirlalu says:

    Kerana itulah kita berjuang untuk mendaulatkan Islam dan dasar kita Al-quran adalah hukum tertinggi dimuka bumi ini.Nak tanya orang Umno sikit ,yang hang takut sangat kat Islam ni pasal apa.Saya pun tak tahu kamu ni keturunan mana satu.Islam baka ke atau Islam keturunan ataupun Islam baka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: