Petunjuk awal telah terjelma dalam Pilihanraya Umum Ke 12. Diperkukuh pula diPermatang Pauh dan diKuala Trengganu dan yang terakhir termeterai (sealed) diBukit Gantang. Rakyat Malaysia telah mengambil keputusan sistem politik Dua Parti seperti di – AS sahajalah yang dapat menyelamatkan negara ini. Mana-mana parti memerintah tetapi “under performed” akan ditolak pada penggal berikutnya. Sebarang Ikrar seperti akan berusaha mengurangkan gejala rasuah, janji-janji membawa pembangunan sekiranya diberi mandat sudah tidak laku lagi untuk membuat rakyat rasa terpikat.
Rakyat sedang merencanakan satu gelombang besar bertujuan mengubah iklim politik negara ini. Rakyat juga tidak terikat memberikan kuasa kepada Pakatan Rakyat sekiranya rumah – rumah Parti tersebut tidak diurus dengan baik. Rakyat mahu tengok Report Card dulu sebelum memberikan pertimbangan. Yang jelas tidak lagi kepada yang sedang menikmatinya.
Alasan mengapakah rakyat mahu perkara diatas berlaku berpandu kepada indikator-indikator mudah. Indikator pertama lihat sahaja hasil daripada “contingency plan” oleh BN dengan membawa Dr. M berkempen disaat-saat akhir. Kedua, berapa ramaipun calun-calun Bebas menawar diri untuk berkhidmat ditolak oleh rakyat dengan penuh berhikmat. Keputusan undi-undi yang diperolehi calun Bebas hendaklah dilihat sebagai ” Amaran ” kepada sesiapa saja dimasa-masa mendatang dan sama sekali bukan undi simpati. Ketiga, walaupun kempen-kempen yang diadakan bagai nak rak, para pengundi tetap melakukan perkara yang sama seperti pada PRU ke 12. Pertambahan majoriti kepada pemenang adalah disebabkan pertambahan pengundi-pengundi baru.
Saya rasa cukuplah setakat ini indikatornya. Jika semua sekali saya huraikan disini besok-besok dah ta` ada modal nak tulis. Berdasarkan findings diatas, Pakatan Rakyat jika benar-benar berhasrat mahu mengambil alih pemerintahan, usaha keras mesti bermula dari sekarang. Jika ada yang berfikir ada “prospect” ditubuhkan sebuah Parti Baru juga kena bermula dari sekarang.
Nasihat kepada para Bloggers ta` perlu ribut-ribut. Berehatlah dulu daripada kepenatan yang baru saja “recess”. Lagipun semua infrastuktur sudah sedia ada. Apa saja plan yang datang termasuk yang Ad-hoc para BloggersNetwork@Perak sentiasa ready. Adakalanya Bombapun kalah.
Akhir sekali, satu kempen “undi rosak sifar” sangatlah perlu.
Bagi pihak UMNO harap akan berubah , but then orang kata ..lelaki jika dah sampai usia 40 tahun ke atas susah nak berubah, apa yang dilakukan selama ini dah sebati dengan darah daging.
BAgi pihak PAS saya ucapkan tahniah , nasihat saya bukan setakat perlu pikir macamanan nak takluk Malaysia , tetapi bagaimana nak bangunkan Malaysia, tunjukkan yang anda juga boleh jadi PEMIMPIN.Apa ‘kekotoran ‘ pihak UMNO lakukan janganlah PAS ikut pula.
Aku dulunya seorang ahli UMNO, tapi bila aku lihat PR memerintah 4 negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak) walaupun Perak hanya dapat bertahan 11 bulan, dah nampak kurang kroni-kroni yang dapat projek, persefahaman antara etnik dan bangsa juga bertambah kukuh, pemimpin banyak PR banyak yang bersih *yang tak bersih tu dah lompat pun atau bersedia untuk meletakkan jawatan – ini baru dikatakan gentleman*, tak lah macam puak-puak yang aku jadi ahlinya tu (faham-faham aje le….contohnya si Ali….Azalina…..dll yang seangkatan dengan mereka yang mengagongkan duit sebagai tuhan mereka dan harta kekayaan sebagai panduan hidup mereka. Belum lagi pemimpin-pemimpin lain.
Sekarang ni aku dah tukar bas. Naik bas lain dan undi PR. Kawan-kawan aku yang jadi ahli UMNo dulu pun dah beralih arah. Syabas kepada semua kawan-kawan ku. Kalau boleh kita nasihatkan saki baki kawan-kawan yang masih meyokong UMno tu ikut jejak kita ye sahabat-sahabat ku sekelian.
Kepada semua pemimpin PR jangan ikut jejak pemimpin parti lama aku. Sekarang ni pembersihan dalam Keadilan telah berlaku. Kalau kalian semua bersih aku pasti rakyat akan senantiasa menyokong kalian.
Insyaallah…..Tanda-tanda keruntuhan BN dan Umno amnya telah bermula.Sebenarnya usaha kita hanyalah 30% yang lainnya adalah pertolongan Allah diatas sembahyang hajat dan qiamullai yang yang kita lakukan setiap malam.Memang pilihanraya dibukit gantang terlalu panas kerana dengan wang yang dicurahkan terlalu banyak.Saya sendiri terpaksa menghadapi pihak polis dan BN secara berhadapan dalam usaha pihak BN dan polis yang cuba menurunkan banner milik Pas.Alhamdulillah….. Kita dapat mempertahankannya dengan berhemah.Tahniah kepada petugas-petugas PK yang banyak berkorban dengan tenaga dan wang ringgit bagi memastikan kemenangan Pas………..Syabas
Tahniah kpd sdr mulok dan rakan2 kerana telah bertukar bas, dari menyokong umno/BN dan sekarang ini telah menyokong PR.
Rasa sangat terharu. Setelah hampir dua puluh tahun melawan umno ni, memang bukannya mudah utk menukarkan minda serta hati seseorang itu.