Sebagai Ketua Kerajaan yang baru Datuk Sri Najib telah memulakan langkah dengan penuh bergaya. Ucapan sulongnya diikuti dengan Pengumuman membebaskan 13 orang Tahanan ISA dan juga menarik balik larangan penerbitan Suara Keadilan dan Harakah dalam konteks kebebasan bersuara hendaklah diterima sebagai positif.
Sudah sekian lama rakyat mempertikaikan undang-undang rimba ini dan beberapa siri tunjuk perasaan oleh NGO-NGO menuntut pembebasan tahanan tersebut dipandang sepi oleh Pentadbiran Ketua Kerajaan sebelum ini.
Baru sebentar saya mendapat panggilan secara sinis menasihatkan saya supaya berhenti menulis iaitu berkempen bagipihak Pakatan Rakyat dimana menurut beliau pengumuman P.M. baru sebentar tadi benar-benar telah melenyapkan peluang Pakatan dalam Pilihanraya Kecil sekarang ini. Saya mengambil keputusan tidak respond kepada saranan tersebut.
Bagi saya memilih seseorang mewakili kita diParlimen atau diDewan Undangan Negeri mestilah seseorang yang telah terbukti mampu mentadbir, boleh berinteraksi dengan semua golongan rakyat. Sdra Nizar contohnya, jika kedudukannya tidak diganggu gugat saya percaya beliau mampu melayarkan Bahtera Kerajaan Negeri Perak dengan penuh cemerlang. Kita boleh lihat dalam tempoh 10 bulan sahaja banyak masaalah rakyat telah dapat beliau selesaikan dengan jayanya. Lagipun Kerusi Parlimen Bukit Gantang hanya sekadar mengisi kekosongan (sebelum ini dimenangi oleh PAS) dan tidak pula boleh mengubah kerajaan. Sekurang-kurangnya para pengundi boleh memikirkan keperluan seorang yang Vokal berbahas hal rakyat diParlimen.
Saya juga dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Keenam.
Kemenangan PKR adalah kemenangan PR! Kenenangan PR adalah kemenangan Rakyat! Rakyat mesti memberikan undi mereka kepada PKR agar suara rakyat suara keramat! Pakatan Rakyat memperjuangkan rakyat!
Kuburkan ego dan kerakusan Umno/Bn di Bukit selambau dan Bukit Gantang! Alirkan kebangkitan Rakyat di Batang Ai!
Seperti yg dijangka jangan sesekali kita meletakkan kemenangan BN di Bukit Gantang ini nanti sebagai alasan untuk kita berpatah semangat.
Seperti biasa.. kita mesti mencari alasan-alasan yang berani.. supaya semua Rakyat Perak semua rakyat perak bersatu bersama kita, pastinya kekalahan ini tidak berlaku…!!!!!