Minat saya yang mendalam mengikuti perbahasan pada setiap kali datangnya Perhimpunan Agong UMNO bertukar menjadi pudar. Pucuk Pimpinan Pemuda sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya telah menyelar orang diluar UMNO dengan kata-kata nista seperti petualang dan pengkhianat bangsa atau traitor.
Dengan berbuat sedemikian beliau penuh yakin telah berjaya membakar semangat para perwakilan pemuda yang hadir. Orang ini tidak pernah belajar dari setiap kesilapan yang pernah dilakukannya. Peristiwa menghunus keris sebagai menakut-nakutkan orang-orang diluar UMNO masih lagi segar dalam ingatan. Bantahan rakyat supaya dasar PPSMI diberhentikan, beliau tolak dengan begitu sombong sekali.
Setiap manusia siuman tidak akan bersetuju dengan tuduhan liar beliau ini. Pada kebiasaannya petualang-petualang yang beliau maksudkan datangnya dari dalam. Mengikut sejarahnya UMNO dari awal-awal lagi sudah ada petualang dari dalam. Ta` kan lah begitu mudah Dato Onn melepaskan pimpinan parti yang beliau Asaskan jikalau tidak ada unsur-unsur perebutan dan sebagainya. Mengikut sejarahnya juga UMNO pernah diistiharkan haram kerana pengaruh pimpinan ketika itu telah terhakis dan bertolak dari situ UMNO sekarang adalah sebuah parti yang didaftarkan (Baru) semula. Dan gejala ini juga lahir dari dalam.
Walau macam manapun ucapan berkobar-kobar Ketua-Akan-Pergi tersebut yang juga merupakan salah seorang dari calun Naib Presiden dilihat hanya berjaya mendapatkan “Standing Ovation” sebagai bekalan berharga dalam usahanya menghadapi pertandingan yang dilabelkan sebagai sengit.
Assalamualaikum,
Teingat kata kata sifu internet En. Irfan Khairi,
untuk bersaing dalam dunia perniagaan, kita janganlah memburuk burukan persaing kita, ia hanya memburukkan imej kita (Cause hidup ini ada echo) sebaliknya cari kekuatan persaing dan ambil kekuatan itu serap masuk dalam perniagaan kita.