Bagi masyarakat Cina merujuk kepada Feng Shui adalah amalan biasa. Feng Shui (disebut: fung shway) bagi mereka amat penting sebelum hendak dimulakan sesuatu pekerjaan atau jika hendak mencebur diri dalam bussiness venture atau perkara-perkara yang boleh menentukan halatuju kehidupan mereka.
Secara ringkasnya Feng Shui bererti “tanah dan angin” iaitu unsur-unsur yang mempengaruhi kesejahteraan manusia. Perkara kebiasaan ini berhubung kait dengan peristiwa yang sedang berlaku dan yang akan menjelma.
Berita yang menyebut Engineer Nizar diamanah mempertahan kerusi P.o59 Bukit Gantang menepati element Feng Shui. Sebelum pengumuman nama beliau disebelah malam, pada sebelah paginya beliau (Ir. Nizar) telah berjaya dalam bantahan awal supaya kesnya dikembalikan keMahkamah Tinggi. Berdasarkan Feng Shui ini harapan wakil PAS kembali ke Parlimen sangat-sangat cerah.
Dalam menghadapi PRK ini UMNO/BN dilihat kurang kredibiliti dan pecakapannya juga tidak konsisten. Dalam hal yang mengatakan tidak akan ada lagi “mee segera” jadi kerja-kerja menurap, korek dan kambus disana sini tu nak dipanggil apa?. Jikalau ditanya kepada saya oleh sebab warna minyak tar itu kehitam-hitaman bolehlah dipanggil “mee kicap” saja.
Akhir sekali saya bersetuju dengan teguran Suruhanjaya Pilihanraya dimana sepatutnya poster dan bendera hanya boleh dipasang selepas penamaan calun. Tetapi dalam kes diBukit Gantang ini poster dan bendera jelas sekali didominasi oleh BN.
Ha..ha.. mi kicap ,
Tak tahulah depa tu …..skrg ni pula kalau pakcik lihat dekat simpang empat tu , betul betul di persimpangan , kami di sini panggil tapak fun fare, dah dipasang khemah ,…pasti BN punya…
Hari itu PKR nak buat ceramah di jalan yang sama (jln kuala kangsar) tak dibenarkan sbb di jalan utama akan mengakibatkan kesesakan . Yang depa tu…dekat persimpangan lagi….nyanyuk apa… orang kat Putra Jaya tu..
Salam saudara AhmadZawawi,
Sama-sama kita doakan kemenangan rakyat.
Kita perlukan pemimpin yang tiada penyakit politik wang dan penyakit politik cantas.
Amin.