Hari ini dengar ceritanya sejumlah lebih 60 NGOs akan menyertai satu perhimpunan anjuran PERKASA. Orang-orang kuatnya seperti Y.B. Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Fuad Hassan selalu benar saya lihat muncul diAstro AWANI melalui Sudut Pandang serta rancangan baru AGENDA AWANI.
Saya tidak bertujuan hendak memperkecilkan usaha murni puak ini tetapi apabila satu majlis besar yang hendak dijalankan ini diadakan beberapa hari sebelum Persidangan Agong UMNO ianya seperti ada satu isyarat yang hendak disampaikan kepada UMNO.
Saya bersetuju sekiranya perhimpunan memperkasa masyarakat melayu ini diadakan selepas Persidangan UMNO dimana keputusan-keputusan yang mereka capai boleh diperdebatkan dan memberikan maklumbalas yang sewajarnya. UMNO adalah parti pemerintah dan UMNO adalah juga parti orang-orang melayu. Orang-orang melayu diluar UMNO sepatutnya menjadi check and balance bukan sekadar menghulur komplemantari. Sesiapa saja boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.
Akhir sekali jika benar-benar komited tentang perpaduan melayu mengapa cadangan dari pihak yang mewakili sejumlah besar orang-orang melayu untuk dibentuk “kerajaan perpaduan” dipandang sepi. Jika cadangan sebegini baikpun tidak mendapat respons yang sewajarnya mana mungkin upacara-upacara membakar semangat boleh berjaya.
Jika perkasa benar-benar jujur dan berada diatas landasan yang betul, nescaya satu hari nanti ia akan menjadi pengganti kepada UMNO…..kerana matlmat Perkasa hampir sama walaupun tak serupa dengan perjuangan UMNO 50 tahun dahulu…