Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat satu rangsangan berharga iaitu dari seseorang diluar UMNO dan dengan yang demikian secara moralnya telah mengatasi seorang lagi calun yang bersaing untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden.
Sebagai orang luar juga, apa yang saya nampak “track record” kedua-dua personaliti ini tidak banyak bezanya. Jikalau Tan Sri Muhyiddin pernah menyandang jawatan Menteri Besar begitu jugalah Tan Sri Muhammad Taib. Jika hendak dikira kesetiaan kepada parti pula Tan Sri Muhammad Taib sampai kehari ini belum pernah meninggalkan perjuangan.
Berdasarkan perkara diatas, sebagai orang luar saya juga mahu menyokong pemimpin yang saya harapkan mentadbir negara. Jadi saya menaruh harapan terhadap kemampuan Tan Sri Muhammad Taib memperolehi secukupnya sokongan dari para perwakilan.
Tentang kemahiran bahasa Inggeris yang dikatakan beliau lemah, saya kira kita patut sama-sama simpati kerana ada beberapa perkataan bahasa Inggeris diAustralia sukar difahami. Pada suatu ketika dulu ada satu perkataan disebut oleh Perdana Menterinya dimana saya cuba cari dalam kamus tetapi tidak ketemu. Dan lagi untuk beliau mendalaminya mana mungkin melalui matematik dan sains. Bahasa Inggeris yang terbit dalam pengajian sains rata-rata formula saja.
Kepada para perwakilan saya ucapkan selamat bersidang. Juga selamat pergi dan selamat kembali.