MENGURUS KEPUASAN

Kata-kata  Hikmat  ” KEPUASAN  TERLETAK  PADA  USAHA  BUKAN  KEJAYAAN ”  oleh  Mahatma  Ghandi  saya  pilih   untuk  membuka  bicara.

Sesungguhnya   untuk  mencapai   sesuatu  kejayaan  hakiki,    ia   sangat  perlu  kepada  iltizam  yang  tinggi   dan  usaha  yang   benar-benar  komited.  Mungkin  ramai  yang  tidak  setuju  apabila  saya  mengambil  kata-kata  Ghandi  sebagai  panduan.

Bagi  saya  kecelaruan  yang  sedang   melanda  orang-orang  politik  dewasa  ini  adalah  disebabkan  usaha-usaha   yang  menjurus  kepada   kepuasaan  kejayaan.  Pendekkan  cerita   apapun  bentuk  usaha  dilakukan  matlamatnya  adalah   pencapaian  peribadi.  Platform  perjuangan  dibuat  sebagai  kuda  tunggangan  semata.

Sebagai  contoh  dimusim-musim  pemilihan  “office-bearers”  ini  kesibukannya  sangat  luarbiasa.  Disetiap  ceruk  dan  pelusuk   sanggup   diharung  untuk  membina  kekuatan.  Agenda-agenda   kehidupan  rakyat  sudah  tidak  lagi menjadi keutamaan.   Ianya  hanya  akan  difikirkan  jika   sekiranya  apa  yang  direbut  sudah  dimiliki.  Kepada  para  pendokong,  anda  semua    tidak  perlu    gusar   atau   gundah   gulana,   Event   seperti   ini   akan   tetap   menjengah  lagi.

Apabila  selesai  saja  satu-satu  pemilihan ,  upacara-upacara          “celebration”  pun  bermula  dan  khayalan  ini  berlarutan   hingga  beberapa  bulan.  Agenda-agenda  rakyat!   itu    boleh  tunggu.  Hanya   bila  tempohnya  sudah  masuk  kesuku  yang  terakhir  barulah   mahu  difikirkan  apa  pula  yang  baik  untuk  rakyat  sebagai  bekalan   kePenggal  berikutnya.

Inilah  saja  yang  difikirkan  oleh  orang-orang  yang  matlamat  hidupnya  hanyalah  mencari  kepuasan kejayaan.  Tanpa  disedari  dikelilingnya  banyak  perubahan   telah  berlaku.  Para  pendokong    terpaksa  berusaha  sendiri-sendiri.   Mereka   mula  sedar  betapa   mahalnya  harga  diri.

Diakhirnya   inilah  bezanya   kupuasan  usaha  dengan  kepuasan  kejayaan.  Soalan  yang  perlu  kita  jawab  –  siapa  aku,  dimana  aku  dan  aku  memiliki  atau  dimiliki.

One Response to MENGURUS KEPUASAN

  1. ANJA says:

    Setuju dgn kata M. Gandhi tu ,

    KEbahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain.

    Hidup ini ada echo.

    Setuju …setiap hari kita kena tanya, siapa kita?

    And…

    Setiap hari tanya pada diri kita ..sudahkah kita menunaikan janji kita pada Allah..’Hidup dan Matiku kerana Allah’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: