PADAH KUASA MEMBELI KUASA

Perkara  yang  dihidangkan  kepada  umum  sehari  dua  ini  bukan  lagi  satu  perkara  pelik.    Malah  bagi  UMNO  ianya  sudah  menjadi  routine.     Setiap  kali   adanya  proses  pemilihan  pimpinan  baru   aktiviti   rasuah   akan   menjadi   acara  sampingan.     Ini  semua  sepatutnya  telah  dapat   di-  bendung   sebaik  saja  seorang   pemimpin  berjawatan  Menteri  Kabinet  dikenakan  hukuman  gantung  keahlian  selama  enam  tahun    sewaktu   merebut  jawatan  Naib  Presiden.  Sepatutnya  daripada  tarikh  itu  sudah  ada  noktah (full  stop).  Tetapi  perkara   sama  terus  berulang.   Terbuktilah  kini  gejala  rasuah  dalam  UMNO  bukan  penyakit  kecil-kecilan  lagi  ianya  sudah   develope  menjadi  barah.

Daripada  beratus-ratus  aduan  kepada    Lembaga  Displin,  29   kes  disiasat  dan  akhirnya    beberapa  orang  didapati  bersalah.  Oleh  sebab   kesalahan-kesalahan   yang  ahli  lakukan  dikira  mengikut  tahapnya  maka   hukuman  pun  jadi  tidak  sama.      Walau  bagaimanapun   setiap  yang  dihukum  masih  boleh  mengemukakan  rayuan.

Pada  mulanya  saya   juga  tidak  ingin  membahas  isu  ini. Dan  oleh  sebab  ianya   isu  besar  yang   bersangkut  dengan  hal  integriti  maka  mahu  tidak  mahu  ianya   tetap  menjadi  beban   kepada  rakyat  biasa.  Mana  tidaknya   negara  ini  diperintah  oleh  UMNO.  Tak  kan  kita  hendak  biarkan   pentadbiran  negara  jatuh  ketangan  perasuah.   Kerana    pada  adatnya   sipenerima   rasuah  akan  tertakluk  kepada   agenda  dipemberi.

Kita  perlu  cari  jalan   keluar.   Negara  ini   mesti  diselamatkan  dan  memastikan   mampu  bersaing  dengan  negara-negara  maju  dalam  dunia.       Berpolitik    berlebihan    hanya   mampu  membawa     kita  terus  berkhayal.  Didalam  keadaan  serba  gawat  ini  fikiran  kita  perlu  dijuruskan   bagaimana  hendak  mengatasinya.

Masaalah  UMNO  biarlah  mereka  sendiri  selesaikan.  Jika  mereka  benar-benar  faham  apa  itu  barah   dan  implikasinya,   masa  yang  masih  ada  pada  mereka  sangat-sangat  terhad.  Sudah  tidak  sempat  lagi  untuk  menyanyikan  lagu ”  MY WAY “.    Dulu  sayapun  pernah  hafal  lagu  My Way  ni..tapi  sekarang  saya  hanya   boleh  ingat   lirik  akhirnya  saja  iaitu  …  I  did  it  my………way.

3 Responses to PADAH KUASA MEMBELI KUASA

  1. jentayu says:

    Pada saya jika dah rasuah patutnya di nasihat letak semua jawatan.Bukan hanya amaran atau larang bertanding.Rakyat melihat barah Umno makin teruk perlukan mereka kembali kepada Islam bukan hanya guna Islam untuk baca doa buka majlis saja!

  2. ANJA says:

    Amat malang bagi insan apabila melakukan dosa tapi tidak merasakan sedikit rasa kesal pun.

    Peringatan untuk diri saya dan kawan-kawan , sentiasalah muhasabah diri dan berdoa , agar Tuhan masih sudi menurunkan hidayahnya pada kita.

  3. paloi says:

    patutnya sprm kena le siasat kes rasuah mcm ni. takkan le undang2 utk pemimpin amno lain dari rakyat biasa?

    atau pun memang pemimpin amno duduk atas undang2? pada teman ini bukan masalah dalaman parti. tapi masalah negara.

    cuba fikir kalau bakal pemimpin berani main rasuah utk dapatkan kuasa apa yg mereka tak berani buat kalau sudah kuasa di tangan?

    jadi hentikan lah cakap2 ini semua hal dalaman parti. apakata kalau ada laki yg pukul bini atau rogol anak sendiri, lepas tu selamba je cakap kat polis… jangan masuk campur ini urusan rumahtangga saya. boleh ke gitu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: