TERLERAI SEBUAH RINDU

Sekitar 1000  orang  yang  hadir  dimajlis  anjuran  Pekida  diAir  Kuning  memperlihatkan  wajah-wajah  puas   kerana  dapat  menatap  muka   Tok  Wakil  mereka  yang  selama  ini   diselubungi  dengan  berbagai  peristiwa.    Daripada  peristiwa  yang  teristihar  sebagai  telah    hilang  selama  kurang  lebih  seminggu.  Tidak  dapat  dihubungi  walaupun  oleh  ahli  keluarga.  Kemudiannya  dikhabarkan  juga  telah  mengosongkan  kerusi.

Rupa-rupanya  tidak.  ADUN  Changkat Jering  tidak  hilang,  tidak  mengosongkan  kerusi  dan  tidak  ada  apa-apapun  yang  berlaku  keatas  dirinya.  Disamping  itu  beliau   telah  menjelaskan  kepada  pengundinya  dalam  majlis   tersebut    bahawa  beliau  mengambil  keputusan  menjadi  BEBAS   kerana  sayangkan    agama  dan  bangsa.

Memang  ada  kelas  Adun  kita  ni.   Jika  ada  peluang  esok-esok  akan  saya  tanyakan  kepadanya    sekolah  politik  mana  yang  mengajar  beliau  sehingga  sebegini  cemerlang. Saya  tidaklah  kenal  rapat  dengan  beliau.  Saya  hanya  berpeluang  menegursapa  beliau   semasa  diKongres PKR diShah Alam   tempoh  hari  kerana    kebetulan  saya  duduk  sebaris  denganya.   Didalam  majlis  diAir  Kuning  ini   beliau  menjelaskan   tidak   dapat  berfungsi   yang  sepatutnya  semasa  dalam  EXCO  dimana  beliau  adalah  Ahli  Majlis  Mesyuarat  Kerajaan  kerana  dikongkong  oleh  DAP.       Masakan    setelah  tidak  ada  sebarang  jawatan   dan  hanya  seorang   Adun  bebas  beliau  yakin  dapat  menyempurnakan  amanah  yang  beliau  sebutkan  itu.

Sekarang  skrip  beliau   berbeza  sekali.  Beliau  mementingkan  agama  dan  bangsa  dan  itulah  sebabkan  beliau  memilih  untuk  menjadi  Adun bebas.   Kita  masih  belum  lupa    bagaimana  reaksi   beliau  semasa   ditangkap  BPR.  Satu  perangkap  yang  diaturlah.  Ada  pihak-pihak  hendak  menjatuhkan  kerajaan  yang  adalah.    Jadi  dengan  menjadi  bebas  semua  itu  tidak  betullah?

Itu  versi  Osman.   Saya  penuh  yakin  para  pengundi  diBukit  Gantang   tidak  akan  terpengaruh  dengan    kenyataannya  itu.  Untuk  pengetahuan  beliau   orang-orang  kita,  iaitu  orang-orang  seagama  kita  cukup  faham  ungkapan  ” once  beaten  twice  shy ” .  Jadi  pergi  lah  memancing  disungai  lain.

6 Responses to TERLERAI SEBUAH RINDU

  1. ANJA says:

    JIKA MANA MANA PUSAT PENGAJIAN YANG KEKURANGAN TENAGA PENGAJAR DI DALAM BIDANG ‘SAINS POLITIK’ BOLEH MENGAMBIL BELIAU SEBAGAI PENSYARAH.

    MACAM LIHAT SLOT SAMARINDA , YANG DAH DAPAT DIJANGKA EPISOD SETERUSNYA.

  2. ANJA says:

    ATAUPUN…….

    JIKA ADA PENERBIT DRAMA YANG SEDANG MENCARI PELAKON MEMEGANG WATAK ADUN , BOLEH AMBIL BELIAU.

  3. Aman says:

    Bijak sungguh Tok Wakil kita ni kan tapi kenapa pukida saja yg sambut dia, semua rakyat Perak rindu bebenor ni, buat sambutan kat stadium la satu negeri nak sambut ni!

  4. Pengasas says:

    Salam AhmadZawawi,
    Siti ‘Aishah riwayatkan: “Katak tidak boleh dimakan; begitu juga dengan tikus.”
    Namun kita tahu kedua-duanya boleh dijadikan umpan.
    Pemimpin PR sekarang sedang memancing. Insya Allah, kalau tak dapat haruan tapi dapat buaya.

  5. musafirlalu says:

    Umno ni memang takut pada bayang-bayang sendiri.Balik kampung sendiri pun kena pakai puak pekida sampai beratus orang.Puak pekida pulak ni bukan berani sangat.Macam kes rosakkan plat pokok demokrasilah.Waktu siang tak berani buat waktu malam.Dasar pengecut hanya berani ramai je.Bila jumpa sorang sama sorang macam tikus takutnya

  6. khas says:

    PEKIDA? Ini pertubuhan dari langit ke? Masya Allah hebat ye? Boleh jadi bouncer, body guard atas nama ISLAM.Manusia kita boleh tipu, tapi Allah SWT tak boleh. Ahli PEKIDA patut bermuhasabah. Malu kita pada orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: