Fatwa Zambry: Tanam Pokok Derhaka

Sememangnya  saya  tidak  ariff    dengan  perkara-perkara  berkaitan  hukum.   Tetapi   sepanjang   yang   saya   tahu   kita   sesama  manusia  tidaklah  boleh    ada   diantara  kita  yang    berasa     mempunyai    hak  dan   keistimewaan  dimana  kita  boleh  menghukum   seseorang.

Dimanakah   kewajarannya    bagi  Zambry   apabila   dia     menyifatkan    orang-orang  yang  menanam  pokok (demokrasi)  hujan  disatu  lereng    dikawasan   lapang   berhadapan   bangunan  SUK   sebagai     kemuncak     Penderhakaan  kepada  Sultan.  Zambry  kena  faham   apabila  bangunan  yang  sepatutnya   dikhaskan  untuk  para  penggubal  undang-undang   bermesyuarat  dikunci  dan   dikawal  oleh  pihak   keselamatan,  itu  sudah    menjadi     “moment  of  history”.   Generasi   akan  datang  perlu  mengetahui   sejarah  ini     bukan  setakat  tahu   cerita-cerita   beratus-ratus  lapuran   rasuah  politik   yang  ta`  ada   sebarang  tindakan.

Seperkara  lagi,  disamping   berhak  berfatwa  kedudukan  sdra  Zambry  kini   sedang  dipertikai  diMahkamah.  Tidakkah   kenyataan-kenyataan  sdra   itu  boleh  mempengaruhi  mahkamah?

Bagi  sdra/sdri  yang  masih  belum   melihat   plak & pokok  demokrasi  tersebut,  datanglah   cepat  kerana  saya  yakin  pihak  Kerajaan  Tempatan   sudahpun  mula  menjeling-jeling  kekawasan  tersebut.   Saya  baru  sahaja   pergi   melihatnya,  nampaknya  ta`  putus-putus  orang  datang  termasuk  juga  sebuah  Van  dari  Bandaraya.

Walau  apapun  yang  terjadi  kepada  plak  dan  juga  pokok-pokok  tersebut   selepas  ini,  apa  yang  telah  terpahat  dalam  ingatan  para  pencinta  demokrasi   ia   tidak  akan  terpadam.

3 Responses to Fatwa Zambry: Tanam Pokok Derhaka

  1. ANJA says:

    Pertama kali dengar , tanam pokok boleh jadi derhaka.

    So kat Perak ni, semuanya kena berhati hati, kalau nak tanam pokok make sure hanya di atas tanah sendiri.

    Yang tebang pokok tanpa permit, yang tu hukumnya apa pula?

  2. musafirlalu says:

    Itu yang saya takut sangat ni.Bila tanam pokok tanda derhaka pada sultan.Saya baru nak berjinak-jinak bertani dalam masa kegawatan ekonomi ni.Nanti tak pasal-pasal pokok-pokok saya dihukum tebang.Entahlah dunia zaman sekarang,dah ramai yang pandai keluar fatwa.Lebih-lebih lagi si Dr Zambry.Saya pun tak tahu mana dia dapat Phd tu.Satu sahaja saya nak tanya SS Dr Zambry,apa hukumnya bila tiap kali beliau buat ceramah semua kakitangan awan dikerah menghadirinya,siap dengan katadua wajid hadir.Kalau tak tindakkan tatatertit akan diambil dan bagaimana pula arahan SS Dr Hamidi yang mengarahkan kakitangan persekutuan Perak tidak dibenarkan hadir setiap kali lawatan Menteri Besar.Tak dengar pula bila arahan itu ditarik balik…..Itulah bila satu-satu kerajaan haram ditubuhkan.Ibarat meludah ke langit kesudahannya akan perpalik kemuka sendiri.

  3. musafirlalu says:

    Daripada kajian saya tentang pilihanraya kecil Bukit Gantang.Pas akan menang dengan mejoriti selesa sebanyak 7000 undi dengan keadaan politik semasa yang semakin kucar-kacir,kerana banyak isu-isu yang tak mampu Bn menjawab.Antaranya isu bahasa melayu,pendedahan akhbar perancis tentang Najid,lompat parti,sogokan wang dan banyak lagi isu-isu yang tidak dapat saya sebut secara menyeluruh.Isu apa yang Bn ada,yang pasti pokok sembah derhaka.Dandari pengamatan saya isu-isu yang Bn akan timbulkan dah tak releven didalam keadaan rakyat dah cilik IT.Kekalahan pertama Bn dahpun berlaku,iaitu penurapan jalan di Bukit Gantang.Sama seperti apa yang berlaku di Kuala Terengganu.Rakyat dah muak dengan gula-gula Bn yang dah jadi pahit.sama ambil sikit istilah orang pantai timur…. Bn bagi kita ambil,bila pangkah kita pakah PR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: