Tarikh 03.03.09 bukan hari ini dan bukan juga semalam. Ia akan datang besok. Rakyat kita ni ada benda-bendanya tersangatlah kedepan ( very foward looking). Sayang betul mereka kepada Tuan Speaker. Mereka tidak sanggup melihat Y.B. Sivakumar terpaksa seorang diri mengadap bencana. Mereka nasihatkan Speaker supaya jangan meneruskan hasrat beliau tetapi mengunakan bahasa halus iaitu persidangan yang akan diadakan adalah tidak sah. Yang paling sayang kepada Speaker ialah Setiausaha Dewan. Dia sanggup berdepan dengan tindakan tatatertib dibawah Perintah Am (pejawat awam) asalkan bossnya berada didalam keadaan selamat.
Saya percaya Y.B. Sivakumar seorang yang berprinsip dan dia faham apa yang dia buat. Berikan dia ruang untuk dia buat kerja dia. Mengapa banyak sangat pihak yang mengatakan speaker bersalah sedangkan hasil kerjanya pun belum kita lihat.
Andaian dari saya sangat mudah. Katalah kita sedang berdepan dengan Datuk Chong Wei dalam acara single tertutup. Kita belum lagi serve shuttlecock kepada dia – Apakah dia boleh terus smash maut kegelanggang kita?. Kalau dia buat juga ta` tentu Reket dia yang mahal tu yang terpelanting ke court kita.
Good morning Pakcik , apa khabar ,
Tertarik dengan pandangan pakcik ..tersenyum lebar saya pagi ini , thanks …tapi saya bz skrg ni tak adda masa nak bagi komen. Kalau ada masa akan saya jengah lagi ke sini.