Kita sudah MERDEKA lebih 50 tahun… Betul.
Ramai rakyat Perak yang berpendidikan tinggi…. Betul.
Ramai yang petah berpidato, ramai yang menjelma sebagai pakar strategi, ramai yang bijak mengatur gerakerja dan ramai juga yang menjadi Tukang Ramal yang disegani…….Semuanya Betul.
Yang tidak ada pada pengamal politik diPerak ialah kesungguhan dan ketahanan dalaman. Lihat saja cara UMNO merampas pentadbiran negeri. Kerana tidak adanya kesungguhan mereka gagal mempertahankan kuasa pada PRU 12. Mereka tidak mengaku yang kekalahan mereka adalah dari akibat mereka yang tidak bersungguh-sungguh membela rakyat dan kerana tidak ada ketahanan dalaman mereka sanggup memijak kepala-kepala rakyat untuk berkuasa. Apakah mereka percaya yang ALLAH YANG MAHA BERKUASA memperkenankan cara mereka merampas hak rakyat dengan cara yang jijik itu.
Saya minta disimpangkan daripada bergaul dengan orang-orang yang jijik ini. Sampai kehari ini saya masih berpegang kepada pesanan ibubapa yang diturun dari datuk nenek saya bahawa dalam hidup ini jangan sekali-kali merampas hak orang lain. Kerana akibat buruknya nanti bukan setakat kita sendiri saja ianya melarat keanak cucu kita. Apakah kita mahu cucu-cicit kita yang menanggung dosa yang kita lakukan hari ini. Jika salah apa yang saya katakan ini bolehlah kemukakan soalan kepada orang-orang yang arif tentang ugama Islam.
Para pemimpin Pakatan juga perlu sedar dari tidur. Bila diuji oleh Allah sekali lagi dengan diberiNya sedikit kuasa jangan lupa diri. Jangan jadi kuda yang “dipasang blinkers” iaitu nampak orang-orang yang rapat saja. Jika semua sikap negatif dapat dihindarkan maka tidak mustahil Allah akan terus memberikan ujian.
Assalamualaikum..dah berhari hari teman memikir ….namun tak tersampai oleh akalku , macamana walau pertama kali respons kat blog mike , tapi nama teman dan email dah terpapar di ruang kat atas ini…Nama nick yang teman guna di blog seorang ahli parlimen…
Tolong le bagitau , secara email pun tak pe…
Tentang kecoh di Perak ..teman tak berani komen apa apa ..sebabnya teman buta ..oops rabun aje kot…undang undang. Masa belajar dulu tak ambil paper tu..Setakat jadi lawyer buruk reti le teman.
Sekian….
Dulu bila anak murid tanya ap makna’bully’,agak sukar juga nak terangkan. Sekarang senang saja nak terang dan anak murid pun senang faham. Orang yang berkuasa dan merasa dirinya perkasa dia akan bertindak mengikut sesukahatinya dan mahu orang lain mengiktiraf perbuatan buruknya itu,maka itulah ‘bully’. Kemudian diberilah contoh2 apa yang berlaku sekarang ni ,semua murid saya faham dengan mudah.