Anwar dipilih secara demokratik oleh ahli parlimen pembangkang menggantikan Wan Azizah yang mengosongkan kerusi. Sewaktu namanya dicadangkan ta` ada siapapun membantah. Hari ini hanya SATU suara meminta beliau meletak jawatan. Jadi abaikan saja rintihan itu. Cerita-cerita wakil rakyat BN yang hendak melompat supaya Pakatan boleh memerintah saya percaya bukan retorik.
Dalam dunia realiti apabila seseorang itu dilanda masaalah dia akan sanggup buat apa saja untuk menghindarnya. Sekecil-kecil masaalah umpamanya tidak dipilih menyertai kabinet ataupun telah 3 penggal berada diParlimen ta` juga naik-naik pangkat seseorang itu boleh beralih arah. Walau bagaimanapun hasrat orang-orang yang hendak menyeberang itu di sedari pimpinan mereka maka sudah tentulah ada kompromi supaya tidak berubah selera.
Seperti yang kita semua sedar selepas saja tarikh yang dijanjikan itu berlalu kita tidak lagi dengar tarikh-tarikh baru. Kesimpulannya tidak ada seorangpun ahli parlimen melompat dan tidak adil jika kita mengatakan Anwar menganjur lompat melompat.
Dalam kes ADUN Bota, perancangannya sungguh licik. Dia telah memperdaya dengan memburuk-burukkan pimpanan BN. Jadi ramailah yang tertipu termasuk Anwar.
Satu perkara yang saya tidak setuju dengan Anwar dan seringkali saya sebutkan ialah beliau memberikan 100% kepercayaan kepada orang-orang yang beliau percaya. Sebarang masaalah di Bahagian sebagai contoh beliau akan mendengar bulat-bulat dari kata-kata Ketua-Ketua Bahagian. Kena pulak Ketua-Ketua Bahagian itu yang terdiri dari rakan-rakan semasa bersekolah atau rakan-rakan sama-sama dalam UMNO dulu dan orang-orang ini terus menerus mengambil kesempatan.
Dalam kes Jamaluddin ta` kan seorangpun pimpinan di Perak ta` nampak riaknya. Tiba-tiba saja beliau tidak mempercayai beberapa pemimpin negeri. Apabila Haji Osman dihantar mengetuai Perak, itulah saat-saat yang beliau tunggu. Tidak dinafikan Jamal dan Haji Osmanlah yang menghidupkan parti diPerak sejak ianya ditubuhkan. Terlalu banyak wang ringgit mereka terkorban untuk menyelenggara pejabat dan perbelanjaan-perbelanjaan pada setiap majlis yang diadakan. Dengan perbuatan beliau meninggalkan dengan cara tragedi yang beliau rancang, telah berbayarkah hutang-hutang kita kepadanya?
Penyakit cabar mencabar dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat boleh merebak jika tidak dibendung. Saya syorkan PKR sudah cukup dewasa dan mampu berdiri sendiri. Apabila berlaku Pilihanraya Umum persafahaman mengenai kerusi-kerusi yang hendak ditandingi boleh diadakan berdasarkan kekuatan masing-masing.
Saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya ini menyinggung mana-mana pemimpin. Saya hanya ada satu kelebihan walaupun disepak terajang saya masih disini kerana saya mahu kekalkan rekod sebagai orang yang menjadi ahli semenjak parti ditubuhkan.
kata Dr Chandra Muzaffar, “Anwar is a Master of Deceit and Duplicity …”
Anwar ni macam cicak kubing yg buleh tukar warna untuk selamatkan diri. Anwar jadi proxy US-Israel-Singapore. Kalau ditangkap dgn bukti pun, Anwar pasti akan bagi alasan yg dramatik. Macam waktu dia menyorok di kedutaan Turki.
Anwar ni si-penakut dan seorang peasakit mental yg terlupa makan ubat.