Kelmarin (06.02.09) sedang saya melayari daerah para sahabat Handset berdering….. meminta saya datang kekediaman MB untuk mendengar taklimat yang diadakan khas kepada Bloggers pendokong Pakatan Rakyat.
Berbagai cerita mengenai kelakuan ketua SUK dengan tidak umpamakan orang, menceroboh pejabat MB , megeledah laci-laci dan sebagainya. Saya berbisik kepada rakan disebelah, saya kata saya ta` hairan langsung tentang perangai buruk orang -orang seperti itu (barua UMNO) . Saya akan terkejut beruk jika sekiranya ada pegawai tinggi kerajaan yang bersopan, hurmat kepada Taukey (rakyat) dan bertimbangrasa walaupun mereka diambang dapat kuasa , ta` tentu saya boleh pensan sebab punya ta` percaya.
Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam Pakatan Rakyat tetapi jelas hak mereka berpolitik telah dirampas. Mereka (rakyat yang ditindas) yang membayar cukai; setiap yang memegang jawatan KERAJAan disemua peringkat mendapat gaji setiap bulan melalui wang cukai daripada rakyat yang membanting tulang dan memecah keringat . Rakyat yang tertindas ini tidak ambil pusing jika wang mereka (cukai koperat, cukai pendapatan, lesen sembelih kinzir, lesen anjing) puak-puak Perampas mencuri, mengsonglap dan mencilok kerana kita semua dah faham itulah professionnya. Dan motto penyamun Elite ini ialah “harta orang mereka punya dan harta mereka dah tentulah mereka punya”.
Dengan cara yang beruk-beruk UMNO/BN lakukan ini seperti memperdaya dan menikam dari belakang amatlah tidak dapat diterima.
Saya bersama rakyat kita yang datang dari segenap penjuru berpeluang mengerjakan solat magrib dan ishak berjemaah disamping bersolat hajat. Perkara ini akan kami teruskan sehingga mencapai matlamat iaitu menerima kembali KERAJAan kami yang dirampas.
Percayalah, kami tidak akan jemu-jemu memohon kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA walaunpun sehingga ketarikh apabila PRU 13 diistiharkan.
Kamu penyamun-penyamun dan perompak-perompak mungkin ada harta dunia beerkoyan-koyan TETAPI yang nyata kamu-kamu semua TIDAK ADA apa yang sedang kami miliki.