Saya memang tahu yang kawan saya ni mengidap sakit pinggang. Itulah sebabnya semasa Kongres baru-baru ini beliau tidak hadir. Apabila sakit pinggangnya menyerang lagi beliau telah mendapat M.C. beberapa hari disamping mendapatkan rawatan secara tradisional diPahang. Kesakitan yang beliau tanggung hingga tidak dapat hendak berkomunikasi dengan sesiapapun. Sebagai kawan lama saya sangat simpati dan turut berdoa agar segera sembuh dan dapat meneruskan kerja-kerja bersangkut dengan kesejahteraan rakyat.
Apa yang mengejutkan saya duduk ta` duduk dan ditengah-tengah kesakitan itu boleh pula menyertai acara Lompat Kijang (triple jump) dan lompatannya boleh dicatit dalam World Book of Records. Sungguh menakjubkan. Daripada gerak-perlahan rakaman lompatan itu dengan jelas dapat dilihat beliau bermula dari papan P berlari lalu mencecah papan B dan seterusnya menghumbankan seluruh badannya kepapan B+ Satu rekod yang mungkin dpat dipecahkan.