J/Kuasa Perhubungan Negeri Perlu Rombakan

Parti Keadilan Rakyat  hilang  dua ( 2 )  permata  gara-gara  tindakan  tidak  beretika  pimpanan Negeri Perak.    Bagi  menyelamatkan  Parti  dari  terus  dilanda  masaalah  kesemua  Ketua-Ketua Bahagian  yang  secara  otomatisnya  adalah  ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri hendaklah  bertanggungjawab   terhadap  keputusan  menghantar  surat-surat  “pre-signed”  mengosong  kerusi  oleh YB Jamal  dan  YB Capt. Osman.   Mengapa  tidak  ada  seorangpun  dikalangan  mereka   yang  sedar  yang  dokumen  tersebut  tidak  valid  selagi  mereka  masih  menjadi  ahli.

Bercakap  berkaitan  dengan  ketua-ketua  bahagian  saya  ada   menulis  sebelum  ini  setelah  PR  dapat  memerintah Perak  mereka  hanya  berusaha  mengukuhkan  kedudukan  mereka  supaya di PRU 13  nanti mereka  berjaya  mencapai  cita-cita  politik  mereka.  Dalam  hal  ini  saya  yang  berjawatan Naib Ketua Bahagian (dipilih dalam  Mesyuarat Agung Bahagian)  dipinggirkan.    Keputusan-keputusan  diperingkat  bahagian  hanya  dibuat  oleh  beberapa  orang   “pengampu”  sahaja.

Soalan  kepada  Pimpinan  Tertinggi  setelah   ditimpa  bala  ini  apakah  masih  tetap  percaya  kepada  pemimpin-pemimpin  yang  dinyatakan  diatas  daripada   bersedia  mendengar  rintihan  ahli-ahli  yang  benar-benar  sayangkan PERJUANGAN.

One Response to J/Kuasa Perhubungan Negeri Perlu Rombakan

  1. cik mat says:

    2 org ini ialah penipu yg kurang cerdik. Alasan diberi untuk keluar ialah kerana “layanan” parti. Ini jelas menunjukkan TIADA alasan yg boleh diterima akal utk menjustifikasikan peng”katak”an mereka, kecuali $$$.
    Bolehkah lagi PKR & DAP dipercayai PAS utk bersama mereka menjalankan perubahan di Malaysia ini dgn istiqamah? PAS Kelantan telah menunjukkan keteguhan yg tinggi semasa menang di Kelantan dgn hanya SATU kerusi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: