MAWE DIJANGKA MENANG LAGI

Saya  percaya  ramai  yang  keliru  tentang  tajuk  tulisan  saya  kali ini. Sebenarnya  saya  ingin  menghuraikan  persamaan   MAWE       dengan  MAWI.

Beberapa  tahun  yang  lepas,  Industri Muzik   melalui   Rancangan  Hiburan  ASTRO  iaitu Akademi Fantasia  hadir  seorang  anak  peneroka FELDA mencuba  nasib  untuk  bergelar  Artis.    Pemuda tersebut  bernama Asmawi.

Seperti  yang  dijangka  oleh  para penggiat seni  pemuda  ini  tidak berjaya keperingkat   seterusnya   kerana  12  orang  yang dipilih dalam Konsert Prelude tersebut  memang  lebih hebat dari Asmawi.

Selesai saja konsert prelude tersebut pihak Astro dihujani berbangai kritikan kerana  tidak bersetuju penyingkiran  MAWI    Ada juga yang ugut nak boikot AF  kali ini.  Pihak  penganjur  sudah tiada pilihan. Dalam   satu majlis silap-mata  Mawi & Masha  diserap menjadikan jumlah  peserta 14.

Keputusan bijak Astro ini  membuahkan  hasil.  Saban  minggu  undi  yang diterima Mawi  berpuloh kali  ganda  lebih dari  peserta-peserta  lain.  Dan  akhirnya  Mawi diistiharkan sebagai juara.  Ada yang kata  juara  SMS.   Ta` kisahlah  itu.  Yang penting  Mawi  memangpun  hebat.  Barulah  ada suara-suara  yang  mengatakan  dia   seorang Penghibur   bertaraf dunia,  bakat  terpendam,  dan  berbagai  pujian  lagi.

Moral  cerita Mawi ini  memanglah  ada  persamaan  dengan Calun Pakatan daripada PAS  Ustaz  Mohd  Abdul  Wahid  Endut  (MAWE).  Beliau  telah  berkhidmat  kepada  rakyat  dikawasan  ini   semenjak  tahun 1990  tidak putus-putus.  Popularitinya  terserlah  dalam  PRU 11  apabila  PAS  gagal  mempertahankan  negeri  yang  dimenangi  pada  PRU 10,  Ustaz  Mawe  masih  mendapat kepercayaan  rakyat kerana  sikapnya  “mesra rakyat sepanjang masa”.

Faktor  kemenangan berpihak  kepada Pakatan Rakyat  kali  ini  sememangnya  sangat  jelas  melalui  petunjuk  dalam  PRU 12  lagi. BN  hanya mampu  mengekalkan satu kerusi sahaja  daripada   empat  (4).  Gula-gula   setiap  Syarikat Bas  Awam   akan diberi   RM 1 Juta  setiap  satu  (yang diumumkan M.B. Terengganu)   dan  wang  royalri  berpuloh-puloh billion  yang diumumkan  lebih awal   tidak  akan dapat  mengubah  pendirian  pengundi.

Usaha-usaha  untuk  menawan  pengundi atas pagar juga  akan  menuju  kegagalan. Dizaman  setelah  50  tahun   lebih  Merdeka  mana  ada  lagi  pengundi  atas  pagar.   Mereka  semuanya  sudah  menjadi  pengundi   yang bijak   hanya  ada  diantara  mereka  tidak  suka  menyertai mana-mana  parti.   Mereka  lebih  senang  senyap-senyap  menyumbang derma  dimajlis-majlis  ilmu  yang  PAS  a njurkan.

Dengan  lain  perkataan,  bolehkah  kempen-kempen  selama  1 bulan 1/2    menidakkan  jasa dan  bakti  ADUN Wakaf  Mempelam   dalam  tempoh  18  tahun  sebagai   jurucakap  kepada  rakyat ?   Kalau  minta  nasihat  Nabil  sudah  tentu  dia  akan  berkata  “Pengundi mampu  berfikir sendiri”.

Seperkara lagi,  salah seorang  pemimpin  ada berkata  yang  calun BN  adalah  Underdog.   Saya  nak  ingatkan  perkara  yang kita  sedang  hadapi  ini  bukan  lawan  bola  dimana  banyak  faktor  Underdog  boleh  menang   seperti  keadaan  cuaca,  pengadil  berat  sebelah dan  pemain  lawan  cedera dan  sebagainya.

Kita  bercakap  tentang  politik dan  pilihanraya  dimana  pengundi hanya  berpandu  kepada  track  record.       Zaman  para  pengundi  berbangga  yang wakil rakyar mereka adalah  juga  seorang  menteri  dan  datang  bertemu  mereka  menaiki  Merc  Mata  Belalang   sudah  berlalu.

Kepada warga Kuala Terengganu  saya  ucapkan  selamat  melaksanakan  tanggungjawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: