Inilah kali pertama dalam sejarah hidup saya menyambut kehadiran 1 Januari ( 2009 ) diKediaman Resmi Menteri Besar, Negeri Perak. Disamping berpeluang bertemu teman-teman Bloggers Matsamankati dan juga Sy-reformis saya juga berasa sangat bangga kerana dapat mengikuti beberapa motivasi sebagai wadah yang merangsang diri saya untuk terus meningkatkan iltizam bagi digunakan memperkukuh Pakatan Rakyat.
Ya Allah Ya Tuhanku hambamu ini amat bersyukur diatas nikmat yang telah Kau kurniakan. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang. Aku Berazam Ya Allah yang aku akan terus memelihara ugama mu ini. AMIN.
Salam,
Tahniah dan selamat tahun baru. Semoga terus berkhidmat untuk agama yang maha suci.
Wassalam.