CEREKA KELUARAN KHAS
Hari: Sabtu
Majlis: Penamaan Calun
Jam SEIKO ditangan menunjukan tepat 12 Tengahari. Semua yang hadir sedang menunggu peristiharan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya. Tepat sekali sangkaan ramai yang dua (2) parti besar dalam negara disahkan bertanding bagi merebut kerusi yang ta` semena-mena jadi kosong. Dengan ini kempen telah bermula secara resminya. Tempoh berkempen sehingga 12 Tengah Malam sebelum hari mengundi yang bermula pukul 8 pagi esoknya.
Ada seorang orang besar yang tadinya sama-sama berarak mengiringi calunnya megemukakan kertas pencalunan berhasrat memulakan kempen sebelum kembali keIbu Negara. Dia dilihat berbisik sesuatu dengan Pengarah Pilihanraya sambil nampaknya mereka mengangguk kepala tanda setuju.
Selesai saja solat magrib, orang besar ini dibawa beredar menuju kesatu tempat ceramah. Faham sajalah orang politik bila diberi peluang berucap. Selama 1 jam Setengah dia berceramah mengenai berbagai isu yang berlaku disebabkan betapa silapnya memberikan parti lawan memerintah 5 Negeri. Para hadirin yang hadir didalam dewan bersorak riuh tanda setuju.
Sebaik saja orang besar tadi habis berceramah, pihak pengerusi majlis memberi peluang kepada hadirin mengemukakan beberapa soalan. Maka bangunlah mereka-mereka berikut mengemukakan soalan:
Peserta 1 : Soalan: Saya akan hadir sebagai Perwakilan pada Perhimpunan Mac nanti. Soalan saya macamana saya hendak keluar dari PWTC untuk pergi keKampong Pandan (melihat cucu) pada masa yang terluang semasa persidangan itu nanti?
Jawapan orang besar: Saya ditegah menjawab soalan tersebut kerana ada unsur-unsur mempopularkan diri.
Peserta 2 : Soalan: Mengapa setelah dikeluarkan peruntukan berjuta-juta untuk membaiki MRR2 setelah pembaikan disahkan ianya runtuh balik?
Jawapan orang besar: Soalan ini juga tidak dapat saya menjawabnya kerana orang yang menjaga hal-hal tersebut juga sama-sama bertanding.
Peserta 3: Soalan: Mengapa didalam akhbar (A) diceritakan yang Anwar tidak sehaluan dengan Mustafa Ali sedangkan didalam Suara Keadilan terpampang gambar mereka sedang beramah mesra?
Jawapan orang besar: Jawapannya mudah saja, surat khabar itu kita punya, ikut suka kitalah apa kita nak tulis.
Akhir cerita terbayanglah wajah bangga orang besar tersebut. Didalam hatinya “sekurang-kurangnya dapat juga dia menjawab 1 soalan.
CEREKA TAMAT
Salam Tuan,
Haha… itu isyarat BN akan gulung tikar.
PR pula mula hampar sejadah.
Tapi, saya sedih tak dapat ke KT atas sebab-sebab kesihatan.
Wassalam.