Didalam tahun-tahun enam pulohan dimana waktu itu saya masih bersekolah saya dan rakan-rakan sebaya merasa amat teruja apabila sampai hari Pesta Air yang diadakan sehari dari pagi hingga petang bertujuan merayakan dan meraikan Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak.
Berbagai upacara sukan air diadakan seperti meniti batang pinang licin, pukul bantal diatas batang licin, berenang dari tebing pekan Kuala ke tebing Sayong dan balik dan sebagainya. Kemuncak acara ialah menangkap itek yang dilepaskan ditengah-tengah sungai.
Upacara kemuncak ini disertai oleh begitu ramai orang (semuanya teror berenang) sedangkan itek-itek yang dilepaskan tidaklah seberapa. Setiap mereka yang berjaya membawa balik itek ketebing akan mendapat tepukan bergemuruh daripada ribuan penonton yang terpacak penuh minat ditebing.
Moral of the story ialah walaupun orang yang berjaya mendapatkan itek terlalu sedikit bilangannya tetapi yang berjaya ialah PESTA itu sendiri Kepuasan yang diperolehi daripada peristiwa-peristiwa rakyat ini datang dengan sendiri dan spontan. Tidak ada unsur-unsur lakonan langsung.
Begitulah juga halnya yang terjadi dalam politik. Pakatan sudahpun berpesta di Permatang Pauh dan saya tidak nampak ada sebarang halangan yang boleh menyekat pesta terus bergema.
Bercakap mengenai KT ni , saya sebenarnya awal-awal lagi sudah mahu menulis dan saya ber cadang nak tulis apabila pilihanraya kecil hendak diadakan janganlah terkejut yang pihak disana akan menyediakan geraf aliran ahli-ahli Pakatan Rakyat kelusr parti dan disertai upacara ikrar. Sebab kesuntukan masa jadi saya tangguhkan kehari ini tetapi tajuk tu dah ta` relevant kerana semalam BN telahpun mula mengumumkan ahli-ahli Pakatan Rakyat di Bukit Katil telah keluar parti. Dalam hal ni saya tidak tahu samada saya terlambat ataupun mereka yang takut tertinggal.
Saya penuh yakin sekiranya PR meletakan Tuan Haji Mohamad Sabu bertanding semula disitu kemenangan tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Menganalisa kepada kata-kata Timbalan Pengerusi BN diPekan semasa menyempurnakan penyerahan haiwan korban kelmarin bahawa walaupun dicanang oleh PR yang BN berdepan dengan perbezaan yang serious tetapi BN tetap yakin dapat kekalkan kerusi KT. Menurut beliau lagi Pakatan Rakyatlah yang mempunyai banyak masaalah dalaman. Apa yang difaham dari kenyataan tersebut UMNO yang akan meletakan calun disitu tiada sebarang masaalah dalaman yang perlu diurus.
Berdasar kepada maklumat diatas saya percaya peluang berpesta amatlah cerah.
Salam,
Insya Allah doa dan harapan orang macam kita ini akan dimakbulkan Allah. Sudah lama kita ditindas oleh penjajah BN dan sudah kering harta datuk-nenek kita diratah oleh Umno.
Selamat Eid Mubarak, wassalam adanya.
Doctor Sir,
Terima kasih dan Selamat
aidil Adha. Jika berkunjung lagi
ke Ipoh lawatilah teratak kami.
Saya dan isteri sentiasa mengalu-
alukan.