Fahamilah Tanggungjawab Seorang Perwakilan

Kongres Nasional Parti KeADILan Rakyat yang berlangsung diShah Alam sudahpun berakhir.  Usul-Usul Ucapan Presiden, Ekonomi dan Pendidikan telah    dibahaskan oleh pembahas-pembahas yang berkualiti.  Tahniah kepada mereka khasnya dan kepada parti amnya.

Yang menjadi tanda tanya mengapa terlalu banyak kerusi perwakilan kosong sewaktu kita membentangkan Usul Pendidikan?    Saya difahamkan  ada yang telah pulang kerana datang dari jauh, ada yang ambil kesempatan melawat tempat-tempat  indah sekitar Kuala Lumpur/Putrajaya dan ada yang  anggap ini bukan tahun pemilihan.

Pada hari pertama ramai sekali yang saya lihat memakai Coat hitam. Jelaslah mereka-mereka ini Ahli-Ahli Majlis .  Mungkinlah alasan mereka tidak dapat tunggu sampai hari berikutnya kerana ta` bawa Coat tambahan.  Masaalah ini SUA kita telah kenalpasti dari awal-awal lagi.  Itu sebabnya  beliau  tegaskan didalam Surat Siarannya pakaian yang dibenarkan dipakai semasa berkongres ini ialah samada Coat Penuh berserta talileher, Baju Melayu Penuh Bersampin atau Baju Batik.  Alasan tiada pakaian sesuai untuk dipakai pada hari berikutnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Yang sebenarnya mereka memiliki mentality  Kelas yang paling rendah.  Setelah  diamanahkan oleh ahli untuk menyelesaikan tanggungjawab bagi pihak mereka tetapi orang-orang ini langsung  tidak menghargainya.

Yang paling saya kecewa seseorang itu datangnya dari Bahagian saya.  Dia ni saya pun ta` tahu daripada mana asalnya.  Kerana sebelum ini sekurang-kurangnya sebelum PRU12  saya tidak pernah nampak muka dia.   Rupa-rupanya Ketua Bahagian lantik dia sebagai Naib Ketua  Bahagian  dan lanjutan daripada itu beliau dilantik Ahli Majlis.  Bertuah betul orang ini. Ta` tahu dia dilahirkan hari apa.  Saya bukan hendak membantah apa yang dia dapat.  Persoalannya apabila beliau telah diberikan begitu banyak keistimewaan mengapa hanya hadir Kongres pada hari pertama saja?

Sesuaikah kita bermati-mati mengutarakan Usul Pendidikan untuk dilaksanakan oleh pemerintah sedangkan ada para perwakilan kita sendiri tidak dapat memandang serious perkara tersebut ataupun seperti tiada berpendidikan.

Kepada pimpinan tertinggi tinjau-tinjaulah kebawah.  Janganlah memberi terlalu besar LESEN kepada Ketua-Ketua Bahagian.   Dalam banyak perkara saya lihat apa yang berlaku diBahagian-Bahagian  tidak lebih daripada aspek-aspek membalas budi.   Kita bercita-cita kePutrajaya….Sedangkan terlalu ramai hanya mahu menunggu kita disana.  Disana nanti merekalah hero.

Sorry Bro,  I terpijak kaki you.

5 Responses to Fahamilah Tanggungjawab Seorang Perwakilan

  1. peihong says:

    bila semua nya main tangkap muat je
    memang bgitu la hasil nya

    esuk nak exam hari baru nak beli buku
    kira dah boleh tau la apa resultnya

  2. ahmadzawawi says:

    Terima kasih kerana respond yang Tuan berikan. Semoga kita senantiasa
    berinteraksi.

  3. Pengasas says:

    Salam sdr. AhmadZawawi,
    Masa kat pertemuan di Shah Alam petang tu kita tak sempat nak berborak. Sdr pun nampak letih. Saya pula seronok tengok gelagat orang-orang muda.

    Kadang-kadang kita kena pijak juga kaki kawan-kawan ni. Pijak sikit tak faham, pijak kuat barulah faham.
    Wassalam.

  4. Pengasas says:

    Salam sdr. AhmadZawawi,
    Saya fikir waktu (jam) dalam blog ni mungkin tak berapa tepat. Patut tukar bateri kut?
    Wassalam.

  5. ahmadzawawi says:

    Tuan Pengasas,

    Jam diskrin ni tepat. Tapi saya sedar apabila saya save post
    tetera angka lain. Mungkin dia ikut GMT

    Terima kasih..

Leave a reply to ahmadzawawi Cancel reply