Tahniah, Syabas, Bravo kepada Matsamankati kerana usaha murninya yang tidak mengira penat, wang ringgit, pengorbanan masa berharga semata-mata untuk menghambakan diri kepada tuntutan kemanusiaan.
Kepada bloggers yang telah bersatu dibawah BloggersNetwork@Perak sudah sampai masanya kita compliment watak-watak besar yang menjayakan Agenda ini seperti Mohd Afandi Ahmad, Dr. Abdul Wahab Arbain, Ahmad Sharifuddin bin Abdul Ghani dan ramai lagi kerana kejayaan yang diluar dugaan.
Seperkara saya memohon kepada rakan-rakan : janganlah kita membenarkan mereka-mereka ini dijadikan lilin oleh pihak-pihak tertentu. Saya lebih rela mereka menjadi kayu-arang.
Perkara seterusnya ingin saya relate beberapa senario pada Majlis Penerangan/Forum/Dailog diSUK tu:
Senario 1: Para bloggers nampaknya begitu updated. Dikalangan beberapa orang akan ada sekurang-kurangnya seorang blogger disitu. Tidak seperti beberapa pemimpin PKR yang berkumpul dikalangan circle mereka saja. Saya kenal benarlah mereka ini, bekas-bekas pemimpin utama bahagian diLumut dan Gopeng . Mungkin mereka sekarang memegang jawatan penting dalam Kerajaan Negeri seperti Ahli Lembaga Pengarah atau Pengerusi badan-badan tertentu sebagai membalas jasa-jasa besar mereka dalam parti pada masa lampau. Jika bercampur gaul dengan orang-orang yang ta` sepatutnya takut-takut ada yang minta favour.
Senario 2 : Semasa majlis berehat untuk jamuan ringan selepas perasmian oleh YAB Menteri Besar saya didatangi oleh seorang peserta dari PKR Bahagian Lenggong (Penerangan) yang menyatakan dia ta` sangka yang saya akan hadir kerana maklumat yang dia tahu diBahagian ta` dengarpun nama saya naik untuk hadir dalam majlis hebat ini. Saya tegaskan kepada beliau bahawa saya mendapat jemputan khas dari Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak dan sama sekali tidak tersalah ambil hak orang lain.
Persoalannya orang-orang sebegini kah yang hendak kita pertanggung-jawabkan bagi menentukan Pakatan Rakyat boleh terus memerintah pada PRU 13 dan seterusnya?
Untuk makluman Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri, kami para bloggers amat komited dan sudah senantiasa bersedia bertempur dengan Media pihak lawan.
Sekian dan jumpa lagi.
Salam Sdra. Ahmad Zawawi,
Saya memang dengar cerita sdra dari MSK. Kesimpulannya, perjuangan tak mesti ada jawatan dalam parti. Macam solat, kita tak mesti jadi imam. Jadi makmum pun solat juga.
Sama-sama jaga syarat dan rukun; dan sama-sama laksana kewajipan. Dalam solat dan haji, status dalam masyarakat dah tak dikira. Semua sama hamba Allah dan mesti bertaqwa kepadaNYA sahaja.
Tahniah kerana sama-sama dalam KAMAR.
Salam perjuangan.
Terima kasih Pengasas. Saya akur dengan ketentuan Allah.
Mengenai perjuangan dalam KAMAR, you can count on me.