Dilemma Penggali Kubur

Berbekalkan sebatang cangkul aku sudah bersedia untuk memulakan kerja sebagai seorang Penggali Kubur professional.  Sebelum aku mengambil  keputusan yang drastic ini  untuk makluman semua aku bukanlah tidak berpelajaran. Sampai juga aku dioxford (bukan clifford) .  Perkara penting yang perlu  ada hanyalah maklumat. Dengan maklumat tepat kerja penggali kubur ini menjadi mudah dan pendapatan pasti lumayan.  Tidak perlu membuat survey kekatil-katil dalam wad.  Maklumat yang tepat yang dimaksudkan ialah berita-berita tentang orang-orang yang tenat dan nazak saja.

Tepat pada 24 Feb  aku terima message dikampong berhampiran laut cina selatan ada wabak.  Memang ada pihak yang sedang bertungkus lumus mahu merawat.  Tetapi sumber aku tetap mengatakan sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Aku disarankan menggali sebanyak 45 lubang kubur.  Dari resources yang aku ada 23 lubang sudah cukup menjanjikan pendapatan yang benar-benar lumayan.  Lagipun tukang-tukang gali yang ada dikampong tersebut nak cari makan juga.

Aku tidak bertangguh lagi kerana aku jangka pada 8 Mac semua lubang-lubang yang aku korek ini akan berpenghuni.  Kerana aku seorang professional kerja-kerja aku  ini siap sepenuhnya mengikut jadual.  Sambil berehat untuk menghilangkan penat sempat juga aku merenung sejenak bagaimana kah sepatutnya personaliti yang perlu aku tonjolkan selepas mendapat habuan lumayan nanti.  Dalam pada itu oleh sebab terlalu keletihan aku terlena disamping cangkulku yang sebatang itu.  Sebaik saja aku bangun dari tidur aku lihat orang-orang yang tadinya dikatakan tenat dan nazak sudah pulih seperti sediakala.

Aku terpaksa akur dengan kuasa Allah.  Jikalau bukan dengan izinNya tidak akan ada sesuatu boleh berlaku. Tapi aku seorang yang cekal semangat. Sekali aku mengambil keputusan untuk menjadi Penggali Kubur,  Penggali Kuburlah kerjayaku. Ta` apalah ini masa mereka.

Selang beberapa bulan aku diberikan tawaran. Quotationnya berbunyi:  Sebuah Lubang Kubur  sahaja. Sukatan tentang luasnya kubur itu bolehlah disemak” site” berkenaan iaitu dikampong permatang. Dalam tawaran itu juga ada disebut walaupun hanya satu lubang saja diperlukan, bayarannya sangat tinggi. Sekali aku berfikir macam ta` masuk akal.

Aku tidak mampu menolak tawaran ini.  Aku yakin berbekal pengalaman semasa dekat laut cina selatan dulu tu aku tidak akan tersilap lagi. Buat kata perpatah :”once beaten twice shy”. Kali ini aku all-out. Pinjam kata-kata kawan aku  ” I`ll bet until the last dollar”.

Malang lagi nasib ku ini.  Pada 26 Ogos ,  tarikh dimana pihak yang memberikan tawaran mendapatkan premium mereka dan seperti yang dijanjikan aku akan memperolehi imbuhan yang ta` terkira banyaknya tidak materialized.  Aku dapat rasakan yang aku akan menjadi orang gila dimana aku akan hanya ada 2 pilihan BAHAGIA atau PERMAI sahaja.  Pilihan lain ialah pusat serenti. Yang ni lecehlah, sebab aku bukan penagih dadah.

Aku benar-benar insaf sekarang. Aku sedar aku sudah memilih jalan yang salah. Jalan yang tidak akan ada  penghujungnya.  Jika aku teruskan juga kerjaya menghabiskan beras ini jangan katakan bini boleh lari, pak mertuapun boleh condemn aku.

Aku juga sedar yang aku dah ta` selamat disini.  Ada juga rakan-rakan cadangkan supaya aku menyeberang  saja. Aku sebenarnya dah malu sebab orang kampong semua dah tahu.

Apa macam?  Bolehkah script ini diadaptasikan menjadi sebuah filem.  Kalau ada producer yang minat, sila ambil –  Aiman ta` kisah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: