TUNJUK PELANGI TANGAN JADI KUDONG

Keadaan diluar rumah hujan sedang mencurah-curah. Tidak pasti bila ia akan berhenti. Sebagai salah seorang penganalisis politik yang ta` bertauliah seperti yang disahkan oleh Abang Zek (Kolumis WATAN)  dan pada kelapangan ini teringin jugalah membicarakan isu-isu semasa yang sedikit sebanyak melibatkan kehidupan sejagat.

Analisis saya kali ini berkisar tentang budak pembancuh kopi.  Saya sangat tertarik dengan profile dia ni.  Mengikut ceritanya dia seorang drop-out. Dalam pada itu ada saja pihak-pihak tertentu yang mahu memastikan beliau diberi Biasiswa.  Dari hari demi hari budak ni bertambah popular dan tidak mustahil sedikit masa lagi akan diistiharkan sebagai selebriti pula.  Apa tidaknya, beliaulah orangnya yang memulakan upacara bersumpah dan selepas itu seorang demi seorang follow suit.  Dengan teguran dari Dr.M baru-baru ni adalah diharapkan perkara sebegini dapat dihentikan.

Sewaktu saya kecil opah saya selalu mengingatkan saya jangan sekali-kali  menunjuk kearah Pelangi. Betul juga cakap opah saya itu, jika tangan dah kudong ta` ada apa lagi yang dapat dicapai dalam hidup ini. Seperkara lagi pesannya jangan sekali-kali kacauganggu Sesumpah. Katanya kalau Sesumpah naik keatas kepala kita akan mengalami Sial yang berterusan. Apakah kita bersetuju anak cucu kita menyumpah kita ta` henti-henti diatas perbuatan kita itu .  Apakah kita sudah lupa selepas beberapa keturunan baru Langkawi dapat dimajukan.

Melintas seketika kePermatang Pauh dimana saya terkejut besar. Mana tidaknya terlalu ramai ahli-ahli PKR keluar parti. Berita TV semalam menyebut 200 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan serta AJK keluar beramai-ramai. Tapi ta` tahulah dimana mereka dapat angka tersebut sedangkan apa yang saya nampak lebih 2000 orang yang menunjukkan muka diTV tu untuk dikenali. Secara jujur saya katakan  ta` seorangpun yang terpampang diTV tu yang saya kenal sebagai ahli parti.  Yang memberikan sidang akhbar tu memang sah  dah keluar PKR.  Kononnya mereka keluar sebab ta` puas hati sebab Anwar ta` hendak bersumpah.  Saya rasa ada sebab lain ni, special offer mungkin.  Ni suasana na` raya, banyak Supermarket buat offer dan pihak-pihak lainpun teruja sama.

Sebelum saya mengundurkan diri sekalung TAHNIAH buat rakyat Pulau Pinang kerana besok Boss Negeri sdra dah umum Public Holiday.  Yang ini baru betul kalau P.  Ramlee masih hidup diapun tumpang gembira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: