Dengarlah kata Dulang

Ingatan kepada artis-artis Malaysia:   Dalam masa seminggu dua ni kena rehat jadi selebriti dan ta` ada glamour.  sebabnya sdra-sdri tentu faham pemilihan Ahli Parlimen bagi Permatang Pauh tidak beberapa lama lagi.   Saya katakan ini disebabkan akbar-akbar kita hanya berminat menyampaikan apa saja yang dicakapkan oleh orang yang baru-baru ni UMNO terima sebagai ahli.

BN/UMNO bukan saja kalah banyak kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri ianya diikuti juga dengan hilang carde-cadre hebat mereka. Jadi mahu ta` mahu kena pakailah yang “belum kering dakwat” ni.

SPR belum lagi memutuskan sesuatu tetapi “new broom” ni dah start kempen.  Maksud saya “new broom ” ni ialah collection terkini bukan hadiah penyapu yang bekas YAB sampaikan tu. Setiap hari nampaknya akhbar-akhbar kita ni beri dia ruang. Berita hari ini dia mengigatkan orang-orang India dan orang-orang China supaya berhati-hati dengan Anwar kononya Anwar hari ni cakap lain dan esoknya lain pulak. Betullah tu sekurang-kurangnya mereka bolehlah khayal sikit dengan santapan lagu politik sebegini dan mintak-mintak mereka janganlah teringatkan peritnya menanggung hidup disebabkan kenaikan harga  bahan api dan barang-barang keperluan untuk menyambung nyawa.

Satu saja saya nak ingatkan orang muda ni. Kerana terlampau banyak bercakap dia terlupa yang  dia pernah bersumpah (keramat) dan ta` takut ke dimakan sumpah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: