Where Do We Go Now

“where do we go now…sweet child of mine” adalah lirik lagu Guns & Roses dinyanyikan oleh Amylia dikonsert AF. Saya mahu andaikan benda ini kepada Partai kesayangan saya. Saya minta pembaca tidak salah faham dengan apa yang hendak saya katakan.

Kemana hendak dibawa…PKR ini? Terus berusaha untuk kePutrajaya atau cukup sekadar keKerajaan Tempatan. Cerita memilih Ahli Majlis ni cukuplah telus. Semua ahli diberi peluang memohon. Ada kawan bertanya saya ta` memohon ke? Saya jawab secara jujur yang saya ta` tahupun tentang adanya laungan untuk ahli-ahli memohon.

Ketua Bahagian saya ta` cakap apa pun. Ta` kan saya nak memandai-mandai pergi kepejabat perhubungan negeri ambil borang. Lagipun secara jujur saya nyatakan disini bahawa saya bukanlah orangnya yang suka mengambil kesempatan.

Dalam majlis penerangan berkait dengan pemilihan ketua-ketua kampong,ahli-ahli majlis dan ahli JKKK bilangan jawatan adalah terhad. Sesiapa yang tidak terpilih mestilah menerima hakikat ini. Soalnya sekarang bagaimana pula jawatan-jawatan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Negeri, Kemajuan Pertanian dan sebagainya hendak diagih-agihkan? Saya cadangkan perkara ini diagih-agihkan dikalangan ketua-ketua sudahlah senang cerita.

Apa yang dapat saya lihat sebaik saja PR dapat terajui kerajaan, orang-orang bekas UM NO yang dulunya masuk sebab kena buang dari UMNO dan masuk sebab nampak ada banyak peluang sudah mula TUNJUK BELANG. Orang-orang terrtentu saja boleh diberi peluang memohon apa-apa terutama kroni-kroni dan rakan-rakan yang sama kena buang dulu.

Kepada pimpinan pusat ambillah perhatian apa yang saya katakan ini. Ketua dinegeri ta` kan nak buat teguran sesama rakan dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: