DENGAN IZIN

Alkisah……..

Sebagai seorang Pelajar saya kena cari maklumat. Biar dari makalah, Penyelidikan dan bahan-bahan dalam urusan pemerintah. Selepas PRU 12 ni dah ada siaran langsung perbahasan diParlimen. Saya tontonlah juga beberapa kali, kebetulan ada masa terluang. Yang ta` sedapnya saya tengok ahli-ahli berucap selalu meminta izin YDP.

Sungguh aneh selesai saja sepotong ayat dibaca dalam bahasa kita lantas meminta izin menterjemahkannya dalam bahasa Inggeris.

Saya rasa untuk MASA PERDANA ta` perlu diterjemah . Sebut bahasa yang orang kampong boleh faham. Masa siaran ni biasanya orang menoreh balik minum sementara tunggu getah penuh pot. Selepas masa (10.00-10.30) ni nak terjemah satu bukupun buatlah. Saya setuju ayat ta` dapat dihurai dengan tepat diguna perkataan inggeris untuk membantu memahaminya seperti contoh berikut: Keadaan berharmoni

dikalangan bebagai etnik dab berbagai kepercayaan ugama DENGAN IZIN (ethno-religious harmony).

BERITA POLITIK

Beberapa malam lepas saya pergi ceramah diManjoi. Penceramah Utama Mat Sabu. Berucap sebelumnya ialah orang besar PKR. Cukup-cukup ta` sedap didengar dalam ucapannya beliau menyebut Kalau dia menang hari tu dialah jadi MB ta` merasalah Nizar.

Saya terkejut lalu secara spontan ta` sedar terpacul kata-kata …diani dah ta` betul ke?. Isteri saya yang duduk disebelah tegur saya…. Apa cakap macamtu katanya. Saya pula tanya dia… Mika Undi dia ke diSeremban kelmarin? Dia jawab YA.

Saya tu bukan apa, ahli-ahli PAS ramai diatas padang becak tu. Kalau mereka kecil hati Macam mana?

Saya dengan ini minta tolong Matsamankati yang rapat dgn Cikgu Mail supaya bisik-bisikkan dekat Naib Presiden PKR tu jangan Ego sangat.

Boleh jadi sebab Ego itu jugalah menyebabkan beliau tewas dikedua-dua

kerusi penting itu walaupun dibantu dengan beberapa ceramah DSAI.

2 Responses to DENGAN IZIN

  1. Azizi Yazit says:

    kita sesama kita haruslah berbaik-baik dan bantu-menbantu. Kalau boleh elakkan perkara-perkara yang boleh menghancurkan persefahaman yang ada..

  2. Bila orang Pas cakap menggunakan bahasa Arab, tak payah minta izin pulak no? Kadang-kadang aku pun tak paham apa depa cakap. Pernah mula-mula dulu dalam satu perjumpaan, Pengerusi tu cakap ‘kita takruf dulu’, aku ingat nak suruh baca ayat Quran.

    Aku missed Samy Velu, walaupun BM dia kelam kabut, tapi dia cuba juga. dalam satu majlis perasmian Sekolah tamil Kuala Kangsar, Samy Vellu menjemput Rafidah untuk menarik kain penutup plaque. “Sekarang Diminta dengan segala hormatnya, Datuk Sri Rafidah Aziz untuk naik keatas pentas untuk membuka kain.” !!!!!

    Ha…ha..ha Ini mesti Mus, kan? dia target nak jadi Senator. Lain kali, suruh dia bertanding kat Temengor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: