Sejauh manapun sesuatu perjalanan itu ia tetap bermula dengan langkah yang pertama. Tanggal 8 Mac 2008 adalah tarikh keramat. Pakatan yang masih belum terurus dipaksa oleh rakyat mentadbir Negeri Perak.
Pada dasarnya Pakatan Rakyat mahu mentadbir negeri berjiwa rakyat. Sehingga untuk melantik Ketua-Ketua Kampong beserta dengan Ahli JKKK pun diserah mengikut kehendak rakyat. Ahli-Ahli Majlispun dianjurkan terpaksa melalui berbagai saringan. Proses melantik Ketua-Ketua Kampong dan Ahli-Ahli Majlis dimulakan dengan memberi penerangan kepada ahli Parti diikuti dengan mengundi untuk memileh Ketua-Ketua Kampong dan beberapa Temuduga bagi melantik Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Walaupun telah melalui peraturan yang memakan masa yang begitu panjang keputusan muktamatnya tetap tidak demokratik. Jika dalam Bolasepak ia disebut “sudah diatur”.
Oleh sebab tiadanya orang-orang cerdik dikalangan ahli-ahli maka Ketua-Ketua Bahagian yang kalah Pilihanraya terpaksa dipilih bagi mengisi kerusi Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan selebihnya pula ia diisi oleh orang-orang kepercayaan Ketua-Ketua Bahagian. Dan ini tidak termasuk agihan-agihan bagi mengetuai GLCs. Melihat kepada realiti sebegitu sepatutnya tidak perlu langsung diujudkan berbagai saringan dan proses. Dari awal-awal lagi sepatutnya ditegaskan kepada ahli yang segala keputusan yang dibuat oleh Pimpinan adalah muktamat. Ahli-Ahlipun tidak lah terbuang masa hadir temuduga dan saringan. Tidak kah para pemimpin sekelian sedar yang mereka telah terlalu banyak membuang masa? Sikap mementing diri dikalangan pemimpinlah yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas diseparuh jalan.
Kini, semua ahli diminta berkerja keras bagi menjamin kemenangan sekiranya Pilihanraya akan berlaku didalam masa yang terdekat. Lain pula yang dilakukan oleh para pemimpin. Mereka nampaknya lebih sibuk mengadakan Poll Status Calun didalam Blog bagi meninjau populariti sambil mengumpul peratusan yang tertinggi supaya tidak ada orang lain yang mampu bersaing. Bila kita kata mereka datang keParti ini membawa budaya UMNO bukan main marah lagi sampai ta` nampak telinga.
Tentu ramai yang ta` senang dengan tulisan ini tetapi untuk berlaku Adil cakap-cakap mereka saja kah yang betul dan perlu diikut? Saya akan berasa amat bangga sekiranya Datuk Seri Presiden PKR sendiri dapat mengambil sedikit perhatian.